in ,

Rich Brian Release Muzik Video ‘Bali’ Dengan Tujuan Mulia

Sumber gambar: theoutline.com

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi rap kegemaran satu dunia yang cool dalam menghasilkan lagu yang santai seperti Rich Brian ini kan? Kalau tengok muzik dia memang level antarabangsa, pada hal dia berasal dari negara jiran kita Indonesia dan bernaung dibawah agensi muzik rap popular yang selalu menjadi pilihan remaja kini iaitu 88rising. Walaupun dalam situasi pandemik Covid 19 ia bukanlah penghalang untuk Rich Brian ini hasilkan lagi lagu kreatif. 

Sumber gambar: the jakarta post

Baru-baru ini, Rich Brian dah lancarkan single terbarunya yang bertajuk ‘Bali’. Apa yang best, dalam single ini, dia berkolaborasi dengan Guapdad 4000 iaitu penyanyi hip-hop yang memang famous di USA! Bukan setakat itu sahaja, muzik video ini juga dihasilkan oleh Rich Brian sendiri dengan tema kemanusiaan! Memang lain betul ya tema muzik dia kali ini. Kalau korang dah tonton video lagu Bali ini, Rich Brian dia hadiahkan beberapa hadiah kecil dengan menggunakan drone kepada kawan-kawan musician dan penggiat industri muzik untuk ceriakan hari-hari bosan kuarantin mereka. Eh! Tapi ada balasannya juga tau! Rich Brian siap ajak mereka untuk ikut memberi sumbangan kepada mereka yang susah dan memerlukan bantuan akibat pandemik Covid 19.

Sumber gambar: hot new hip hop

Antara kawan-kawan musician dan penggiat industri muzik yang turut membantu Rich Brian dalam menjayakan tujuan mulianya ini juga adalah Niki Zefanya, Guapdad 4000, Cuco, Cody Ko, Noel Miller, Buddy, Thundercat, Denzel Curry, Kenny Beats, dan Lil Yachty. Memang bagus sangat cara Rich Brian buat amal kali ini dan mungkin ia patut dicontohi oleh pemuzik yang lain kan? Sambil berkarya sambil beramal gitu… Rich Brian memang terharu dan berterima kasih sangat kepada rakan-rakannya ini tau! Sebab sudi terlibat dengan hal yang baik ini. Untuk pengetahuan korang juga, hal ini tidak diambil peduli langsung oleh banyak media sangat tau! Nampak relax sangat cara Rich Brian buat amal ini kan? Hehe… 

Sumber gambar: scoutmag

Kalau korang nak tahu juga, sumbangan hasil daripada mereka ini telah dilakukan dan Rich Brian telah menghantar 125 sumbangan makanan untu Hospital di Los Angeles dan sumbangan duit juga telah diberikan kepada beberapa individu yang memerlukan untuk membayar kelewatan kos sewa trak makanan perniagaan mereka. Antara sumbangan lain yang diberi juga adalah untuk mereka yang homeless, makanan untuk rumah orang tua, face mask dan banyak lagi tau! 

Sumber gambar: lyrical lemonade

Bukan sahaja masih muda dan kreatif dalam menghasilkan lagu, malah baik betul hati Rich Brian dan kawan-kawan pemuziknya yang lain. Dalam kata yang mudah, walaupun kita hanya perlu duduk di rumah kebosanan, ia tidak menghalang kita semua untuk melakukan perkara yang baik dan mulia, setuju tak? Korang juga boleh contohi Rich Brian ini dengan buat hal yang baik di sekeliling korang ikut cara masing-masing dan mana yang termampu. Korang boleh lah layan lagu Rich Brian ini juga sambil nak bantu orang nanti! Hehe! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Paling Mudah Hilangkan Kelemumur Degil

Trend Baru Korang Patut Cuba! Virtual Photoshoot Di Rumah Sahaja!