in ,

Result SPM Terbaik! Kekurangan Bukan Penghalang!

Sumber gambar: LUNARIA.COM

via GIPHY

Result SPM akan keluar tak lama lagi. Mesti ada antara #Lunagirls yang ambil SPM last year rasa nervous nak tunggu hari keluar result kan? Chill girls, before korang dapat result SPM tu, jom kita throwback girls berjaya dapat straight A’s untuk SPM 2016/2017 untuk dijadikan inspirasi kita!

NATASYA QISTY

Sumber gambar: ohfesyen.com

Korang ingat tak Natasya yang pernah viral sebab tampil cantik depan TV waktu ambil result SPM dekat sekolah dia? Natasya ialah ex student Kolej Tunku Kursiah (TKC) dan dia berjaya dapat 9A SPM 2016 yang lepas. Even dia pernah rasa down sebab kena kecam dengan netizen tapi dia tetap berani untuk berdiri! Dan dengarnya Natasya bakal sambung study dekat oversea.. Good luck pretty girl!

SITI ATHIRAH

Sumber gambar: gpsbestari.com

Athirah kata dia amalkan ‘resepi’ study group untuk berjaya dalam SPM! Athirah ialah ex student Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas). And girls, dengarnya Athirah sekarang tengah sambung study dalam bidang medic! Bukan senang girls nak sambung medic ni tapi kalau korang ada semangat dan passion yang tinggi, please do your best okayy!

NURIFFAH RAMIZU

Sumber gambar: http://feldavoice.com

Nuriffah menghadapi serangan stroke dan lumpuh sebelah kanan badan 2 weeks before her exam tau! Tapi perkara tu tak menghalang Nuriffah dan dia berjaya untuk dapatkan 8A waktu SPM 2016 yang lepas. Bagi Nuriffah, sakit tu buatkan dia lebih kuat walaupun pernah rasa down sebab kena practice menulis guna tangan kiri. Kejayaan Nuriffah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Perdana, Kelantan memang kita jadikan contoh untuk terus berjaya!

FARAH MARCELLA

Sumber gambar: Astro Awani

Kejayaan Farah betul-betul membuka mata pelajar lain untuk berjaya! Dia dan adik-adiknya terpaksa menumpang dekat pusat snooker selepas ditinggalkan oleh ayahnya. Walaupun pernah di buang sekolah sebab tak cukup duit untuk bayar yuran, tak buat Farah give up sebab dia berjaya dapatkan 6A dalam SPM 2017!

via GIPHY

LUNARIA harap senarai tadi dapat menaikkan semangat #Lunagirls untuk terus belajar untuk jadi yang terbaik di masa hadapan! Jangan jadi kan sesuatu cabaran sebagai alasan untuk berjaya okay! So girls, make sure korang fokus dalam kelas bila cikgu mengajar.. jangan skip class tau! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bye Double Chin! Hai Dagu Runcing!

Werewolf Dengan Squad, Jom!