in ,

Restoran Makanan Korea Untuk Geng Kaki Makan Korean Food

Sumber gambar: www.instagram.com/seoulnamikoreanbbq

Selain kafe hipster yang instagramable, mamak dan restoran mewah, restoran makanan Korea juga menjadi salah satu pilihan netizen pada masa kini. Bukan setakat dek pengaruh cerita K-Drama dan K-Movie, malah disebabkan makanan Korea yang nampak lazat dan seperti disediakan oleh ibu-ibu juga menjadi salah satu faktor kenapa ia digemari oleh ramai orang. Tidak terlepas juga di negara kita, sekarang sudah banyak restoran makanan Korea yang telah dibuka di shopping mall, jalanan, kedai lot dan sebagainya. Jadi, untuk korang yang suka makan makanan Korea, apa kata korang cuba pergi ke restoran yang kami akan kongsi ini!

GOOBNE

Bukan sekadar menjual ayam yang dimasak secara sihat dan bersih. Malah kedai Goobne yang dihiasi muka kacak anggota EXO juga menarik perhatian dari segi hidangan yang disediakan. Selain ayam, mereka juga ada hidangan seperti tteokbokki, nasi goreng dan sup. Korang memang patut cuba sebab setakat ini, ia tidak pernah mengecewakan pelanggan yang datang.

OISO 

Korang tidak akan kecewa kalau datang ke OISO sebab di sini korang boleh cuba segala jenis makanan Korea yang korang pernah tengok dalam kaca televisyen. Dari jjajangmyeon, cold noodle, makanan bersup dan makanan berlauk pun korang boleh dapat di OISO tau. Memang perut korang akan kenyang dan puas hati sangat dengan jumlah porsi makanan yang dihidangkan. Eh! Pastikan ajak kawan korang sekali ya.

SOPOONG

 

View this post on Instagram

 

🎉새로운 메뉴🥳 NEW😍NEW😍NEW😍 BAHARU🤩BAHARU🤩BAHARU🤩 Do you crave for HOT and SPICY🌶 foods? So we made for you 😉 Chicken 🍗 BULDAK CHICKEN🌶🌶🌶 SNOWING CHEESE CHICKEN🧀 Noodle🍝 BULDAK MYEON🌶 with CHICKEN🧀 BULDAK MYEON🌶 with CHEESE BALL 🧀 Stew🥘 Yukgaejang 육개장 (Spicy Beef Soup)👍 Snack 🍡 SNOWING CHEESE BALL🧀 From TODAY, You can enjoy~😊 ✔ IOI City Mall (Putrajaya IOI resort city) L2-D21-R1 (Beside District21) ✔ MyTOWN Shopping Centre (Ikea Cheras) B1-070 (Opposit Best Denki) ✔ Melawati Mall (Near Zoo Negara) L3-20 ✔ Central i-City (Shah Alam) L3-07 ✔ Citta Mall G-40 We will serve soon. The Starling Mall (Uptown Damansara) B-015 (Opposit Jaya Grocer) Berjaya Times Square (Monorail Imbi Stn.) LG-71 (Opposit Hero) #sopoong #mysopoong #koreanfood #originalkoreanfood #newmenu #hotandspicy #cheese #ioicitymall #mytownshoppingcentre #melawatimall #centralicity #cittamall

A post shared by Sopoong 소풍 (@mysopoong) on

Kalau korang nak feeling-feeling ada parents Korea, Sopoong adalah tempat yang paling sesuai untuk korang. Hidangan yang dihidangkan mereka memang kena dengan tagline iaitu “Good food reminds me of mom”. Korang akan rasa seperti makan di rumah bila korang jejakkan kaki di Sopoong. Apa yang menariknya, korang boleh makan makanan seperti di rumah, ayam Korea, sup, dan banyak lagi! 

SEOUL NAMI KOREAN BBQ

Dalam K-Drama atau K-Movie memang tidak sah kalau tak ada scene mereka makan BBQ dan bila kita tengok berselera sungguh mereka makan sampai semuanya nampak sedap sehingga buatkan kita terliur. Jadi, apa kata kalau korang singgah makan di Seoul Nami Korean BBQ bersama keluarga korang. Korean BBQ dia memang terbaik.

DAE SA KWAN KOREAN BBQ

 

View this post on Instagram

 

Bday girl dinner 😊😊

A post shared by Prattana Jintarit (@jjxingyi) on

Jika korang nak pilihan makanan Korea yang banyak, Dae Sa Kwan Korean BBQ adalah tempat yang terbaik. Di sini, korang bukan setakat boleh order yang set, nak yang ala carte pun boleh. Harganya juga memang sangat berpatutan dan korang yang kalau balik sekolah lapar pun, bolehlah singgah makan dengan kawan sekejap.

Korang tunggu apa lagi? Ada sesetengah dari korang yang dah craving lama nak makan makanan Korea? Jadi, di antara tempat yang kami kongsi ini memang di antara yang the best dan harganya pun berpatutan. Akan tetapi, sayangnya semua cawangan restoran makanan Korea ini masih terletak di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Untuk korang yang tinggal di kawasan berdekatan, bolehlah cuba! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Extreme Sekitar KL Dan Selangor Korang Harus Cuba

Cara Bergambar Hypebeast Yang Korang Patut Cuba Dengan Kawan!