in ,

Resepi Smoothies Paling Best dan Simple

Sumber gambar: www.pinterest.com/nanceeshea1996

Smoothies memang best sangat di minum kalau tengah hangout dengan kawan, nak jadikan snek semasa tonton movie, reward diri dan lain-lain. Biasanya, korang semua mesti selalu ingat yang smoothies ini mesti perlukan banyak buah-buahan baru lah rasanya lebih umph kan? Sebenarnya, guna dua buah sahaja untuk jadikan smoothies pun sudah cukup dan rasanya pun sama best dengan smoothies yang mix banyak buah itu juga. Jadi, untuk korang yang suka nak cuba buat smoothies sendiri di rumah itu boleh lah cuba resepi yang kami nak kongsi ini.

PISANG + STRAWBERI

Sumber gambar: fit foodies finds

Antara menu smoothies paling popular adalah smoothies pisang dan strawberi. Bukan sahaja mempunyai kalori dibawah 200 tetapi cara nak buatnya pun memang senang sangat. Korang ambil secawan ais, potong pisang sebiji dan ambil tiga atau empat biji strawberi dan kisar. Letak lah air sikit saja kalau korang risau nak blend nanti tiba-tiba tersekat sebab tak smooth. Hehe! 

MANGGA + LOBAK

Sumber gambar: slender kitchen

Disebabkan lobak ini agak keras sikit teksturnya, korang wajib potong lobak dengan kecil. Lepas itu, korang potong mangga juga. Cukup satu mangga dan satu lobak pun dah cukup. Ada orang suka letak susu atau gula sebab nak hilangkan rasa lobak, tapi kalau korang tak letak antara dua bahan tambahan itu pun sahaja sebab ada yang memang suka dengan rasa lobak. Jangan lupa buang kulit kedua bahan ini juga ya. Macam biasa juga, letak ais! 

EPAL + OREN

Sumber gambar: vibrant plate

Mesti tidak ramai yang biasa dengan campuran dua buah ini tapi smoothies epal dan oren ini memang sedap sangat. Nak lebih sedap, korang boleh tambahkan sedikit daun pudina supaya rasa smoothies korang lebih fresh dan disebabkan epal dan oren ini mudah jadi air. Korang tambahkan yogurt sewaktu nak blend dengan ais nanti juga okay. 

TEMBIKAI + LAICI

Sumber gambar: grab food

Air tembikai laici memang selalu kita dengar dan pernah rasa, betul tak? Dan bila air nya pun sudah sedap. Sudah pasti bila kedua gabungan buah ini dijadikan smoothies akan jadi lebih manis dan sedap. Kalau korang suka, nak tambah susu atau yogurt pun memang lagi best. Rasa milky sangat! 

BERI BIRU + STRAWBERI

Sumber gambar: mccormick

Campuran semua jenis buah beri memang sedap sangat! Tapi siapa cakap kalau dua buah sahaja tidak mampu beri rasa yang cukup? Kalau korang letakkan beri biru, strawberi, yogurt, ais dan kisarkan semua bahan ini, memang akan jadi smoothies yang paling berjasa untuk tingkatkan mood korang nak jalankan aktiviti seharian. Tak perlu beli air seperti yang dijual di pasaran itu pun tak apa sebab bila dah boleh buat sendiri, minum banyak kali pun tak apa.

Tunggu apa lagi? Korang boleh lah banyakkan beli buah-buahan selepas ini dan jadikan smoothies sebagai hidangan harian korang. Minumannya memang menyihatkan dan rendah kalori sesuai untuk korang. Lebih lagi untuk korang yang tak suka makan buah, korang boleh minum sahaja. Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Menarik Untuk Hilangkan Stress

Ini Sebab Kenapa Korang Harus Tengok It’s Okay Not To Be Okay