in ,

Resepi Oats Untuk Makan Waktu Sahur!

Sumber gambar: Pinterest

Hmm rasa macam taknak makan makanan berat la waktu sahur ni. Makan nasi macam berat sangat. Tapi nanti lapar pula kalau tak makan nasi? Hmm nak makan apa ya ni?

Alaaaa, jangan pening-pening guys! Baru minggu pertama puasa takkan korang dah tak ada idea nak makan apa waktu sahur dan berbuka nanti? Tapi boleh jadi dah tak ada idea sebab semua idea sudah dicurahkan sewaktu awal PKP haritu kan? Sekarang ni jadi blank pula tak tahu nak sahur apa.

Apa kata kita buat kelainan sikit untuk bersahur nanti? Asyik makan nasi dan lauk je kan? Sekali sekala nak juga cuba makanan lain. Contohnya oat! Oat pun boleh berikan tenaga sepanjang hari dekat kita sepanjang bulan puasa ni. Jom kita cuba resepi oat overnight untuk sahur nanti nak? Eheem, sesuai la juga untuk girls yang tengah nak diet waktu bulan puasa ni, hehe!

OAT COKLAT DAN PISANG

Menu sahur yang sihat untuk anak anda - At Kidxy.com Blog
Sumber gambar: Kidxy

Pisang ni memang makanan yang sedap dan mengenyangkan. Macam-macam kita boleh buat dengan pisang ni. Buat cekodok boleh, lepat pisang boleh, bubur boleh eh macam-macam la. Makan dengan oat pun boleh tau!

  • 1/2 cawan oat
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • Garam
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 cawan susu almond atau apa-apa jenis susu lain
  • Sebiji setengah buah pisang (tinggalkan sikit untuk dipotong)

CARA-CARANYA:

  • Sediakan bekas dan masukkan oat, garam, sebuk koko, pisang yang sudah dilenyekkan, susu almond dan yogurt
  • Campurkan semua bahan tadi dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan bancuhan oat dan kacau rata bersama bahan yang lain tadi
  • Nak sedap, tinggalkan semalaman atau selama empat jam dekat dalam peti ais supaya jadi lebih sedap
  • Bila dah nak sahur tu, korang boleh makan oat tadi. Sebelum tu, hias sikit dengan potongan buah pisang yang kita dah asingkan tadi

Sedap tau makan oat macam ni. Korang akan rasa lebih kenyang sebab ada oat dan pisang yang mana mampu membuatkan kita lambat rasa lapar.

OAT EPAL

Resepi Overnight Oats Epal Kayu Manis – Sedap Tube
Sumber gambar: Sedaptube

Buah epal buat jadi air pun sedap! Makan biasa macam tu pun sedap juga, ini kan pula kalau dicampurkan dekat dalam oat, mesti bertambah sedap kan!

  • 1/2 cawan oat
  • Garam
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1/2 cawan susu almond atau apa-apa sahaja jenis susu lain
  • 1/2 buah epal di parut atau potong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • Kacang walnut atau apa sahaja jenis kacang lain yang sudah dikisar hancur (tak ada pun tak apa sebab ia hanya untuk hiasan sahaja)

CARA-CARANYA:

  • First of all, korang kena campurkan semua bahan iaitu oat, garam, serbuk kayu manis, buah epal dan yogurt
  • Kacau sehingga semua bahan tadi sebati dan salinkan ke dalam bekas lain supaya mudah untuk disimpan ke dalam peti ais selama empat jam atau semalaman
  • Ready untuk makan waktu sahur nanti! Kacang tadi korang taburkan sikit dekat atas supaya nampak lebih menyelerakan!

OAT KURMA

Menu Sahur Dengan Susu Kocok Campur Oat dan Kurma | Dunia Ratna
Sumber gambar: Mbaratna

Kali ni confirm sedap dan korang mesti suka sebab bahan utama yang kita akan gunakan ialah kurma! Dekat rumah tu mesti ada banyak kurma kan? Bulan puasa ni kurma umpama makanan ‘wajib’ yang perlu ada dekat atas meja. Maklumlah, makan kurma waktu berbuka dan sahur kan salah satu sunnah Nabi?

  • Kurma 3/4 biji sudah dibuang biji
  • 1/2 cawan oat

CARA-CARANYA:

  • Buang dahulu biji kurma sebelum dicampurkan bersama oat
  • Gaul kedua-dua bahan tersebut dan simpan dalam peti ais selama empat jam atau semalaman

Simple kan? Bahan yang diperlukan pun hanya dua ni sahaja yang mana memang akan ada dekat dapur mak korang tu. Jangan lupa cuba tau sebab memang sedap! Nak lagi sedap korang blend dulu supaya rasanya akan jadi sebati.

OAT KURMA SHAKE

Resepi oat ni Ainaa dapat daripada our one and only favorite chef di Instagram iaitu Khairulaming! Dia baru sahaja share resepi kurma shake yang mana masih menggunakan oat sebagai bahan utama. Mesti dah tak sabar kan nak cuba buat? Ainaa dah buat tau haritu dan rasanya memang sedap, paling penting kenyang sampai petang ya.

  • 1 cawan oat
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji kurma dibuang biji
  • 1 cawan air
  • 1 biji buah pisang

CARA-CARANYA:

  • Campurkan oat dengan susu tadi di dalam mangkuk dan simpan sekejap dekat dalam peti ais
  • Rendam kurma tadi dekat dalam air dan letakkan juga dekat dalam peti ais semalaman
  • Bangun sahur, korang blend oat yang dah kembang tu tadi dengan kurma yang kita dah rendam tadi
  • Bila dah blend, letakkan dekat dalam gelas dan ready untuk minum! Kalau korang tak suka banyak sangat air, kurangkan air yang digunakan waktu nak blend tadi. Make sure gunakan air rendaman kurma tadi ya.

Senang je kan resepi ni? Bukan setakat korang boleh buat sendiri, nak buatkan untuk satu family pun boleh. Share sekali resepi ni dekat kawan korang yang tengah nak diet waktu bulan Ramadhan ni, hehe! Mesti mereka akan suka resepi ni sebab ia bukan sahaja simple tapi mengenyangkan!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara Kelebihan Dari 4 Kekurangan Bakal Buat Orang Insecure

Ini Rahsia Sebalik Hidangan Makanan Korea