in ,

Resepi Masakan Viral TikTok Harus Cuba Try Test

Sumber gambar: Youtube.com

Jom masak! Minggu ni saja ramai orang dah jadi chef dekat dapur, tak tahan la macam ni. Kena juga turun dapur dan cuba masak menu baru!

Sama sini memang semua orang dah jadi chef. Mana yang pada mulanya tak pandai masak, tiba-tiba dah boleh masak. Tak pandai baking, terus dah boleh buka kedai baking. Fuh, rupa-rupanya kita semua ni ada bakat yang tersendiri dalam diri ya. Tak kisah la masak apa sekali pun, semua tu terpulang pada kerajinan kita sendiri.

Sekarang ni pun kalau tengok dekat TikTok, orang bukan setakat buat video menari atau makeup sahaja. Ada juga yang jadikan TikTok sebagai akaun untuk share resepi masakan. Akaun macam tu yang best sebenarnya sebab dalam kita tengok video tu, boleh juga kita belajar memasak. Ainaa akan share dekat korang beberapa video resepi masakan viral di TikTok. Jom kita tengok, mana tahu korang sendiri boleh buat nanti kan?

KEK BATIK

Mula-mula dulu kek batik ni orang buat kalau rasa teringin nak makan kek coklat je. Tapi sekarang boleh dikatakan ramai dah buat kek batik ni sebagai makanan untuk minum petang. Sebenarnya nak buat kek batik ni senang sahaja, tapi disebabkan kita ni kreatif dan suka cuba benda baru maka terjadi la banyak resepi dan cara membuat kek batik. Ada yang hanya gunakan lima bahan iaitu Milo, susu pekat, biskut marrie, butter dan serbuk koko je, ada juga yang sampai dekat 10 jenis bahan termasukla buat topping coklat. Kalau sampai ada topping tu kita panggil kek batik indulgence which is lagi sedap walaupun melecehkan sebab ada banyak bahan. Tapi bagi Ainaa, lagi banyak bahan lagi sedap kek batik tu! Terpulang pada korang nak buat kek batik cara macam mana sebab korang sendiri nak makan. Asalkan bila buat tu makesure habiskan ya.

MURTABAK MEGGI

@ainaapijahHi everything! Harini i buat murtabak meggi sebab tak tahu dah nak buat apa! Ok tu je geng♬ original sound – Ainaapijah

Biasanya kita makan murtabak ni waktu bulan puasa atau beli dekat pasar malam je. Tapi memandangkan PKP ni, semua orang boleh buat murtabak sendiri dekat rumah. Cuma kali ni lagi senang dan ada kelainan sebab menggunakan meggi. Ainaa sendiri dah cuba buat murtabak meggi ni dan simple sangat. Korang pun boleh buat sendiri asalkan ada meggi perisa kari dengan telur dekat rumah tu. Kalau nak letak cili, bawang atau bahan lain itu terpulang tapi kalau tak ada tak letak pun tak mengapa sebab main ingredience ialah meggi tu sendiri. Lepas ni korang pun boleh buka ‘pasar malam’ sendiri dekat depan rumah dengan menu utama iaitu murtabak meggi, haha!

BREAD BUTTER PUDDING

@harithzazmanHarith buat bread butter pudding pulak *tak ada raisins* ##stayathome ##foryou ##covid19 ##fyp ##cookathome ##recipe ##cook ##easyrecipe♬ 驚くほどの白さに (for Vlog) – 山口夕依

Kalau beli dekat kedai, bread butter pudding ni memang agak mahal, lagi-lagi kalau dijual dekat kafe. Padahal untuk buat bread butter pudding ni, korang hanya perlukan telur, gula, roti dengan susu je. Tak banyak pun bahan ni, boleh jadi dekat dapur tu memang dah ada kesemua bahan yang diperlukan. Ada certain orang akan letak kismis bagi sedapkan lagi tapi kalau tak makan kismis, tak letak pun tak apa. Buat makan sambil tengok Kdrama favorite korang pun okay juga. Jangan lupa kasi jiran sebelah sikit, mana tahu dia pun teringin nak makan bread butter pudding juga ke?

PUDING CARAMEL

@cikitumMirol buat puding caramel guys! Try la kalau bosan kat rumah.#f#oryou #c#ookfromhome #D#apurCikitum #t#iktokmalaysia #a#sian♬ original sound – Mirolsabirin

Dengar nama macam susah je nak buat kan? Tapi hakikatnya nak buat puding caramel ni senang je girls, korang tak perlukan banyak bahan pun. Cukup dengan empat bahan je iaitu gula, telur, susu sejat dan esen vanilla sahaja. Simple sangat sebab memang tak perlu banyak bahan dan stepnya pun mudah sangat. Adik korang pun boleh buat tau, bagi je resepi dekat dia then suruh dia buat. Kalau dekat pasar malam kita jumpa puding caramel ni harganya boleh jadi mahal tapi rasanya tak berapa sedap sangat. So, kalau nak sedap korang kena buat sendiri okay.

Risau je nanti bila bulan puasa ada yang buka ‘bazar Ramadhan’ sendiri dekat depan rumah memandangkan kebanyakan negeri dah batalkan bazar Ramadhan tahun ni. Korang boleh buat bisnes juga tau, iklankan dekat jiran terdekat then kalau ada yang order, terus la hantar ke rumah. Dapat la tambah duit poket sikit kan.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan ‘Cuti Sekolah’ PKP Dilanjutkan

‘Kesan’ Bila Banyak Sangat Tengok K-Drama