in ,

Resepi Makanan Upgrade Tiktok Yang Patut Dicuba!

Sumber gambar: tiktok.com

Bila tengah bosan ini, memang dapur dan bilik tidur antara dua tempat yang selalu menjadi arah tujuan hidup kita yang sedang kuarantin. Iya lah, sebab nak tidur, Netflix, belajar, makan, masak dan rasanya banyak sangat aktiviti lain yang selalu kita buat di dua tempat ini semasa kuarantin dari wabak covid 19. Jadi, untuk korang yang kerap masuk ke dapur untuk makan dan juga masak untuk cuba pelbagai resepi baru, kami ada idea menu masakan dari Tiktok yang patut korang cuba!

NASI MENTAI

@dewifortunaaaadicoba ya gais!🥰 ##mentairice ##cookingvideo ##cookingtips ##videomasak ##dirumahaja ##foryourpage ##fyp ##fy ##fypchallenge♬ original sound – ssaaggei

Resepi nasi mentai ini memang mudah sangat. Dia ala-ala makanan Jepun yang tengah popular di negara seberang iaitu Indonesia. Apa yang korang perlukan adalah nasi putih yang digaulkan dengan serbuk cili dan korang letak kan rata di dalam bekas. Seterusnya, korang boleh goreng sosej atau nuget dan potong secara dadu dan kecil. Korang gaulkan nuget atau sosej yang sudah dipotong itu dengan mayonis pedas dan letak cheese di atas hidangan yang dah siap itu dan cairkan cheese itu. Memang sedap! 

EASY CHICKEN POPCORN 

@imabaharunEasy chicken popcorn!!! ##cooking ##fyp ##dirumahaja♬ BEST FRIEND – REX ORANGE COUNTY

Seterusnya, memang khas untuk korang yang suka movie marathon atau Netflix. Korang boleh cuba masak easy chicken popcorn dan apa yang korang perlukan adalah dada ayam yang dipotong dadu, korang letak telur dan gaulkan dalam tepung. Selepas itu, korang bolehlah goreng dalam minyak yang panas dan selepas siap, korang makanlah easy chicken popcorn itu dengan sos lada hitam ke, sos cili ke, sos tartar atau sos yang mana-mana korang suka.

ROTI TELUR KEJU

@neng__ayieeRoti Telur dadar /egg sandwich / praktis gak pake lama / Biar gak bosen dirmh /IG :Neng__ayie♬ comethru – Jeremy Zucker

Untuk sarapan pula, korang boleh cuba masak roti telur keju. Apa yang korang perlu buat adalah pecah kan dua telur dalam kuali terus, dan masuk kan roti itu sambil ratakan telur pada dua-dua bahagian roti. Bahagian belakang  yang sudah dimasak itu korang terbalik kan supaya bahagian yang belum masak tadi boleh dimasak, sambil itu korang tabur atau letak cheese di bahagian yang dah masak tadi. Selepas itu korang lipat dan satukan roti itu dan dah boleh makan sarapan korang! 

SAMYANG SUSU

@nadiatilemmistg this tastes so gooOd 🤪🤤💓 ##samyang ##mukbang ##cookwithme ##food ##ramen ##spicy ##foryou ##fyp ##foryoupage ##beranda ##cooking♬ Panini – Lil Nas X

Untuk makan malam pula, mesti ramai yang suka makan samyang kan? Okay biasanya kita akan rebus mi itu dengan gunakan air masak biasa sahaja kan dan terus letak perencah, betul tak? Tapi sebelum korang letak perencah itu, apa kata korang letak susu, keju, sosej dan telur dan biarkan ia masak lagi sikit dan korang bolehlah makan. Memang layan habis! 

Selepas ini, korang boleh lah cuba semua resepi Tiktok ini. Bukan setakat sedap! Tapi perut korang pun kenyang dan nanti hati pun senang. Siapa sahaja yang tak bahagia bila perut kenyang kan? Hehe! Selamat mencuba okay! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Kill This Love’ Blackpink Masih Dalam Carta Muzik Amerika Syarikat

Minggu Depan Dah Puasa, Jom Ingat Perkara Ini Semula