in ,

Resepi Juadah Berbuka Paling Mudah, Dah Tak Perlu Beli!

Sumber gambar: www.vlive.tv

Sekarang ini, mesti ramai sangat antara korang yang ada banyak sangat masa terluang untuk tolong mak korang masak dan buat kuih raya kan? Jadi, alang-alang itu mesti ada juga yang baru cuba nak belajar masak dan lain-lain, betul tak? Tak apa kalau korang baru nak belajar masak sebab itu memang bagus untuk diri korang sendiri. Nanti bila lapar seorang diri di rumah, boleh lah korang terus masak makanan korang nak kan? Hehe! Tapi dah bercakap tentang makanan, korang boleh lah cuba sediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga korang selepas ini sebab sebenarnya resepi yang kami nak kongsi ini memang mudah disediakan dan korang dah tak perlu pergi ke bazar ramadan beli kecuali kalau tengah malas masak lah! Hehe! 

ROTI JOHN

Sumber gambar: blog traveloka

Memang mudah sangat untuk sediakan roti john ini sebenarnya. Korang hanya perlukan roti yang panjang itu, telur, daging cincang, bawang merah cincang, bawang putih cincang, rempah kari, jintan putih dan jintan manis. Campurkan semua bahan, kacau dan letak bahan yang dicampur di kuali leper dan tepek roti itu di atas. Korang nak letak keju boleh, nak tambah hiasan seperti timun, mayonis dan sos cili pun boleh! Memang sedap sangat! 

TEPUNG PELITA 

Sumber gambar: rasa

Orang selalu ingat nak buat tepung pelita ini susah tapi sebenarnya senang saja tau! Untuk bahagian hijau itu korang perlukan gula, tepung beras, air dan juga pewarna pandan sahaja. Campur dan kacau pada suhu api sederhana sampai sebati. Begitu juga dengan bahagian putih, korang perlukan santan, tepung beras, air dan sedikit garam sahaja dan kacau sampai sebati. Dan bila dah siap korang letak sahaja dalam bekas tupperware itu, kalau rajin nak letak dalam daun kecil-kecil itu pun boleh juga! Hehe!

MURTABAK

Sumber gambar: rasa

Mula-mula korang perlu canai kan tepung dengan baik supaya boleh tebar ala-ala roti canai kalau korang boleh. Untuk bahan-bahannya lebih kurang seperti korang nak buat roti john itu tapi dengan jumlah telur yang lebih sedikit dan lebihkan daging kisar korang itu sahaja. Untuk kuah bawang pula korang boleh potong bawang tu dan bancuh sekali bersama cuka yang dah diletakkan sedikit sirap. Memang best!

ONDE-ONDE

Sumber gambar: elmundoeats

Nak buat onde-onde ini pun senang saja sebenarnya, sebab korang cuma perlu masuk kan tepung pulut, tepung gandum dan garam ke dalam bekas sambil uli dan tuang air pandan sedikit demi sedikit dan adun sampai tak lekat di tangan. Korang buat bulat-bulat dan letak gula melaka di dalam, boleh kukus dan kacau dengan parut kelapa. Fuh! Bestnya kalau makan yang gula dia cair sampai meletup dalam mulut tu!

KARIPAP

Sumber gambar: keluarga

Bila korang dah adun tepung itu, korang boleh saja letakkan apa pun inti yang korang suka. Kalau tak reti inti kari kentang, boleh juga letak sardin, selepas itu korang buat lah bentuk karipap dan goreng terus. Memang best nak makan untuk juadah moreh juga.

Jadi, nanti bila korang dah pandai memasak dan sediakan banyak juadah berbuka ini. Boleh lah nanti kongsi dengan jiran sebelah rumah atau kawan-kawan yang duduk dekat dengan rumah korang. Korang berkongsi makanan dengan orang sekeliling kan amalan yang sangat baik. Mana tahu, kalau mereka cakap sedap. Boleh lah kita buat lagi kan! Memang seronok tau bila dapat beri orang lain makan hasil air tangan kita sendiri. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suho (EXO) Dan Yook Sung Jae (BTOB) Daftar Masuk Khidmat Tentera Mei 2020

Apa Beza TikTok Dulu Dengan Sekarang?