in ,

Resepi Berasaskan Telur Paling Simple Tapi Sedap

Sumber gambar: Youtube.com

Dah pernah cuba semua resepi dekat TikTok, dekat Twitter dan semua la. Tapi semua tak menjadi, agaknya aku ni tak ada bakat memasak kot?

Aaiipp, tak baik cakap macam tu. Kita semua ada bakat cuma apa yang penting ialah kena banyak berusaha dan jangan putus asa bila cuba buat sesuatu. Maybe korang tak boleh baking, tapi korang boleh memasak makanan simple? Paling senang korang boleh masak sekarang ni ialah telur!

Telur ni banyak masakan kita boleh cuba tau. Bukan setakat telur goreng, macam-macam pun kita boleh buat. Try la buat challenge seminggu masak telur bermacam resepi. Nak try tak guys? Kalau nak jom check it out article Ainaa ni, mana tahu lepas ni korang power masak telur?

ROTI TELUR CHEESE

Makan waktu panas ni memang sedap! Sekali makan mesti nak tambah lagi dan buat lagi. Silap haribulan nanti setiap pagi ayah korang suruh buat breakfast yang sama. Bahan yang diperlukan pun simple je, telur, roti dan cheese sahaja. Nak lagi sedap tambah sikit cili untuk bagi rasa pedas sikit. Waktu resepi ni mula diperkenalkan memang ramai orang yang cuba sebab dapat rasa roti telur yang rangup bercampur dengan cheese. Sebab tu kena makan waktu tengah panas sebab nanti cheese tu dah rasa tak sedap sangat. Boleh la buat untuk breakfast lepas ni ya, Ainaa pula rasa tak sabar sebab memang sedap dan simple!

TELUR CINCANG

Korang pernah dengar tak nama telur cincang atau telur hancur? Basically nak buat telur cincang ni mudah sahaja, korang hanya perlukan telur je tapi kalau nak lagi sedap kena tambah sedikit kicap dan sos sahaja. Masak waktu lapar tengah malam memang ngam sebab tak sampai 5 minit pun masak telur cincang ni. Tambah pula makan dengan nasi panas, tambah kicap sikit woww sedap! Biasanya kalau tak ada selera nak makan, memang telur cicang ni la makanan yang paling senang untuk korang cuba bagi menambah selera.

TELUR SARANG

Pernah makan laksa sarang? Kalau pernah mesti korang ada nampak telur sarang dekat atas laksa tu kan? Tertanya-tanya tak macam mana agaknya cara untuk buat telur sarang tu? Dah la rangup, nampak menyelerakan pula tu. Ha, sebenarnya simple je nak buat telur sarang ni dan rahsianya untuk bagi lagi sedap ialah minyak yang banyak. Biasanya kalau kita goreng telur, mesti tak letak air kan? Untuk resepi telur sarang ni, kita perlukan air dan sedikit garam bagi memberi rasa pada telur tersebut. Paling penting ialah kerangupan dekat telur tu, lagi rangup lagi la sedap! Lepas ni buat dekat rumah je ya.

TELUR GULUNG

Peminat Kdrama mesti pernah tengok telur ni kan? Mesti sambil tengok drama tu sambil teringin nak makan telur gulung, haha! Jangan biarkan rasa teringin korang tu begitu sahaja, buat sekarang dekat rumah sebab senang sangat. Terpulang pada korang sama ada nak letak sayur macam carrot, cili dengan kacang panjang atau tidak. Nak letak boleh, taknak pun tak mengapa sebab rasanya masih sedap juga! Korang kena pantas sikit buat telur ni sebab takut nanti telur hangus dan keras pula. Tengok je tutorial masakan yang Ainaa share ni okay.

Makan telur dengan nasi pun sedap tau korang! Lepas ni kalau mak korang tak sempat masak, korang take over dapur dan tunjukan skil masak telur tu okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Hiburkan Diri Di Rumah Sepanjang Ramadan

Antara To Do List Best Untuk Bulan Ramadan