in ,

Resepi Air Viral Dalgona Tanpa Gunakan Coffee

Sumber gambar: Twitter

Dalgona sana, dalgona sini. Buka je Instagram ada yang buat Dalgona Coffee, buka Twitter pun sama. Dalgona di mana-mana sahaja…

Ingat tak waktu mula PKP, semua orang berebut-rebut nak buat Dalgona Coffee sampai ada yang resepinya tak menjadi, ada juga yang sekali buat terus putus asa. Putus asa sebab katanya nak buat bukan main lama, nak minum sekejap je, LOL! Korang dah try ke belum Dalgona Coffee?

Untuk orang yang tak minum kopi, kita boleh juga buat resepi lain yang ala-ala Dalgona Coffee juga. Cuma kali ini gunakan bahan utama yang berbeza selain daripada kopi. Kita ada air lain juga which is Milo, Horlicks dan banyak lagi. For those yang teringin nak minum dalgona, resepi ini khas untuk korang semua!

DALGONA MILO

Semua orang ada serbuk Milo dekat dalam almari dapur tak? Korang mesti dah bosan asyik buat milo dinasour sahaja, kali ini kita buat Dalgona Milo pula ya, bahan-bahannya simple sahaja.

-2 sudu serbuk Milo
-2 sudu gula pasir
-2 sudu air panas
-Susu segar
-Ais

Caranya, masukkan serbuk Milo, gula dan air panas dalam satu bekas kemudian pukul sehingga kembang. Once dah kembang dan jadi fluffy, masukkan susu segar ke dalam gelas dan letak sedikit ais. Tuangkan bancuhan Milo tadi. Confirm sedap guys! LUNARIA dah pernah cuba resepi ini dan memang sedap seakan-akan rasa lori Milo! Alaaa, rindunya lori Milo!

DALGONA OREO KOPI TARIK

Posted by Nur Iylia Ruhaimi on Thursday, 2 April 2020

Biasanya kita makan je oreo.. Kali ini kita buat kelainan sikit, kita jadikan orea sebagai air! Paling penting korang kena ada oreo di rumah..

-2 sudu serbuk Nescafe
-2 sudu gula pasir
-2 sudu air panas
-Susu segar
-Serbuk oreo
-Ais

Campurkan serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas dalam bekas kemudian pukul sehingga kembang. Bila dah cukup kembang, masukkan ke dalam gelas yang dah tersedia ais dan susu segar. Dekat atasnya tu, taburkan serbuk oreo! Baru kaw rasa Nescafe korang. Mesti feeling macam dekat Starbucks, LOL!

DALGONA HORLICKS

Posted by Nur Iylia Ruhaimi on Thursday, 2 April 2020

Pelik? Agak pelik juga sebab horlicks itu sendiri raasa macam susu, nanti bila tambah dengan susu tak ke nanti jadi double bersusu rasanya? Tapi kalau nak tahu rasanya macam mana, kenalah cuba dulu then baru korang tahu. Untuk resepi Dalgona Horlicks ini kita tak perlukan gula sebab kita dah ada susu.

-1/2 cawan horlicks tapi terpulang nak letak berapa banyak
-Susu segar
-Ais

Cara penyediannya masih sama macam yang lain, pukul sehingga rata. Campurkan serbuk horlicks  dengan air panas dan pukul sehingga kembang. Bila dah kembang, masukkan ke dalam gelas yang dah dicampurkan susu segar dan ais tadi. Macam mana? Sedap tak? Nak lagi nampak mahal, letak sikit whipping cream dekat atas, baru nampak macam dekat kafe hipster!

DALGONA TEH SUSU

Posted by Nur Iylia Ruhaimi on Thursday, 2 April 2020

Woahh, ingatkan ada teh susu madu campur cincau je. Rupanya ada juga Dalcona Teh Susu ya. Kalau yang ini kena kasi ayah korang rasa sikit sebab bapak bapak suka minum teh tarik. Jom kita buat!

-2 sudu serbuk teh
-2 sudu gula pasir
-2 sudu air panas
-Susu segar
-Ais

Campurkan semua bahan dan pukul sampai kembang. Korang kena make sure serbuk teh  kembang betul-betul sebab nanti kalau tak kembang, tak jadi foam itu. Then bila dah betul-betul kembang, campurkan dekat dalam gelas yang dah berisi ais dan susu segar. Haa, nampak macam teh air versi mahal betul tak? Mestilah nampak mahal sebab boleh tahan lama nak buat foam!

DALGONA MOCHA

Posted by Nur Iylia Ruhaimi on Thursday, 2 April 2020

Ha? Macam mana nak buat mocha? Macam susah je? Tak, tak susah pun sebab resepi yang diberi ini pun nampak simple dan senang untuk kita ikut. Asalkan cukup bahan dan betul caranya, mesti hasilnya pun sedap!

-1 sudu makan besar serbuk Nescafe
-1 sudu makan gula
-1 sudu makan serbuk coklat atau Milo
-Susu full cream
-Ais

First, campurkan serbuk Nescafe tadi dengan serbuk coklat atau Milo dan letakkan gula bersama dengan air panas tadi untuk larutkan bahan-bahan. Kacau sampai sebati dan semua bahan kembang. Letakkan ke dalam gelas yang berisi dengan susu full cream dan ais! Fuhhh, sedapnya mesti rasa macam dekat coffee shop. Nak lagi sedap sikit letak serbuk coklat atau serbuk Milo di atas sebagai hiasan dan penambah perasa. Kalau sedap, lepas ini boleh buka coffee shop dekat depan rumah.

Semenjak musim PKP ini, semua orang dah jadi kreatif dan bergelar chef serta barista. Banyak juga resepi masakan simple yang dikongsikan di social media. Korang nak tak kalau Ainaa share beberapa lagi resepi masakan yang senang untuk korang buat di rumah? Komen di bawah ‘Saya nak resepi’ okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roommates Paling Ikonik Dalam Kalangan K-Pop Idol

Persiapan Bulan Puasa Kita Perlu Mula Lakukan