in ,

Rekod Paling Bersih, Taeyang Rasa Bertanggungjawab

Sumber gambar: Koreaboo

Rasanya ramai dah tahu tentang isu berkaitan dengan BIGBANG. Sejak tahun lepas, nama BIGBANG seakan-akan ‘busuk’ disebabkan skandal yang melanda kumpulan mereka.

Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan BIGBANG iaitu Taeyang mula membuka mulut mengenai kritikan negatif yang melanda. Satu demi satu kritikan diterima oleh Taeyang daripada tahun lepas sehingga sekarang walaupun dirinya langsung tiada kaitan dengan skandal yang melanda ahli yang lain. Sepanjang debut BIGBANG ke industri seni sejak tahun 2006, antara skandal yang paling popular melanda ahli kumpulan itu ialah berkaitan kes TOP dan G-Dragon yang mana masing-masing terlibat dengan pengambilan dadah tak lama dulu.

via GIPHY

Tahun lepas, skandal paling terbesar dan tergempar dalam industri hiburan Korea berkaitan ‘Burning Sun’ mengangkat nama Taeyang sekali lagi kerana dia dikatakan sebagai ‘mangsa’. Hal itu berkaitan rapat dengan Seungri yang mana dikatakan pemilik utama kelab malam yang terlibat dengan dadah, serangan seksual dan skandal yang mana memberikan perkhidmatan seks kepada para pelabur.

Skandal itu merupakan kes terbesar yang melanda kumpulan BIGBANG walaupun majoriti daripada mereka terlibat dengan beberapa skandal yang lain. At the same time, Daesung juga didakwa terlibat dengan skandal ‘hiburan dewasa’ yang mana bangunan miliknya dikatakan menjadi tempat kegiatan aktiviti kotor tersebut.Β Akan tetapi, isu itu masih tidak disahkan kesahihannya kerana dikatakan bangunan kepunyaan Daesung telah disewa kepada orang lain dan dijadikan sebagai pusat pelacuran.

Image result for bigbang
Sumber gambar: Channel-Korea

So farΒ seramai empat orang ahli kumpulan BIGBANG mempunyai kontroversi mereka sendiri iaitu TOP, G-Dragon, Seungri dan Daesung. Tapi Taeyang antara yang paling ‘bersih’ tanpa sebarang kontroversi atau skandal yang melibatkan namanya. Sewaktu interview bersama dengan Esquire, Taeyang telah diajukan beberapa persoalan mengenai dirinya ekoran skandal yang melanda ahli kumpulan BIGBANG yang lain. Soalan yang diajukan ialah sama ada dia berasa apa yang terjadi ini adil atau tidak keatas dirinya memandangkan hanya dia seorang yang mempunyai rekod bersih.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu dia mahu semua isu itu diselesaikan dengan cara yang paling realistik dan bijaksana. Katanya lagi, sebahagian daripada hidupnya dihabiskan dengan BIGBANG dan sebahagian lagi dihabiskan sebagai Taeyang iaitu dirinya sendiri. Baginya, BIGBANG telah mengajar tentang kepentingan mempunyai hubungan baik dan kasih sayang.

Image result for cute taeyang
Sumber gambar: Allkpop

Saya terima banyak kasih sayang dan sokongan daripada para peminat yang telah menjadi sebahagian daripada kumpulan kami. Sebab itu saya juga rasa bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Wow! Bagusnya Taeyang.. walaupun perkara itu tak ada kena mengena dengan dia tapi dia tetap ambil itu sebagai satu tanggungjawab ahli kumpulan. Kalau Taeyang pun rasa downΒ dan ‘terpengaruh’ dengan apa yang dah terjadi, mungkin dia pun akan ‘tersasar’.

Sebagai satu kumpulan, mereka telah berfikir secara mendalam tentang apa yang akan mereka lakukan lebih-lebih lagi selepas kesemua mereka telah selesai menamatkan latihan ketenteraan. That’s why bila mereka mendapat tawaran daripada pihak Coachella untuk membuat persembahan, mereka terus bersetuju dan menganggap itu sebagai peluang terbesar buat mereka.

Image result for taeyang and seungri
Sumber gambar: Soompi

Kiranya kemunculan mereka di Coachella ialah kemunculan pertama BIGBANG selepas ‘berehat’ buat seketika. Since Seungri sudah tarik diri daripada BIGBANG, cuma tinggal empat orang sahaja tapi itu tidak membuatkan VIP berpaling tadah. Malah mereka bertambah setia menyokong idol kesayangan mereka.

Harapnya Taeyang akan kekal kuat walaupun bermacam kontroversi melanda BIGBANG. Ehemm, BIGBANG dah nak buat comeback. BTS bila pula nak buat konsert di Malaysia?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Tanda Si Dia Sukakan Kita!

10 Minit Paling ‘Ouch’ Buat Sharifah Rose