in ,

Recycle Serbuk Kopi Untuk Cantikkan Muka

Sumber gambar: https://worldoffoodanddrink.worldtravelguide.net

Ehh kopi dah habis tapi kenapa mak still simpan serbuk tu dekat dalam bekas? Untuk apa? Recycle buat air balik ke?

Haaa, ada tak mak korang yang suka kumpul serbuk kopi everytime air tu dah habis? Mak Ainaa simpan tau, sampaikan ada satu bekas khas untuk serbuk kopi dekat tepi sinki. Cuma bukan la untuk recycle buat balik air kopi, tapi boleh digunakan untuk benda lain. Nak tahu untuk apa? Sambung baca sampai habis okay~

SCRUB

Sumber gambar: https://bp-guide.id/AXzHX3jf

Scrub korang dekat bilik air dah habis? It’s okay girls. Guna je serbuk kopi yang dah digunakan dekat dapur tu. Korang hanya perlu basahkan sikit serbuk tu dan tepek dekat muka macam pakai scrub yang lain. Gosok slowly dekat seluruh muka dan amalkan at least tiga kali seminggu. Kopi ni fungsinya untuk kurangkan parut jerawat dan melembutkan muka kita. Lepas ni simpan stock kopi banyak-banyak okay.

PEWANGI TANGAN

Sumber gambar: https://www.wanista.com/2015/90742/tips-5-cara-guna-lebihan-sisa-serbuk-kopi/

Baru lepas makan sambal belacan, habis la tangan berbau! Lepas tu bila salam dengan orang, habis lekat bau tu dekat tangan dia. Nak elakkan bau tu senang je, lumur serbuk kopi dekat tangan in case that time korang tak bawa hand sanitizer. Bau wangi pada kopi tu akan hilangkan bau sambal belacan dekat tangan korang.

TANAMAN

Sumber gambar: https://www.karangkraf.com/dekorasi/serbuk-kopi-suburkan-tanaman-1.347894

Pernah tengok baja organic? Serbuk kopi ni pun boleh jadi baja organic tau. Kalau korang nak tahu, serbuk kopi ni kaya dengan nutrisi semula jadi, so bila letak dekat dalam tanaman, ia akan buat tanah lebih subur. Bukan tu je, tanaman mak korang pun akan jadi lebih segar. Lagi-lagi kalau tanam sayur-sayuran. Kalau tak ada serbuk kopi, pakai serbuk teh pun boleh juga.

RAMBUT

Sumber gambar: https://magazine.job-like.com/5-manfaat-kopi-dan-ampas-kopi-untuk-rambut-indah/

Bukan je setakat boleh minum, tapi serbuk kopi ni pun elok untuk rambut kita. Jangan terkejut tau sebab ia akan buat kulit kepala kita bertambah kuat dan boleh kurangkan kelemumur. At the same time, kalau korang selalu lumurkan serbuk kopi tu, akar rambut jadi lebih kuat, lembut dan berkilat. Lepas ni tak payah dah nak melabur banyak duit dekat salon, buat sendiri pun dah boleh.

After this, korang yang tak minum kopi tu boleh la cuba untuk menjinakkan diri dalam dunia kopi ni. At least ada la alasan nak buat scrub muka atau rambut. Nanti marah pula mak kalau ambil serbuk kopi tapi tak minum. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dari Game Jadi Movie? Wahh!

Manis-Manis Nak Pergi Mana?