in ,

Raya Musim PKPB, Perlu Beli Baju Raya Atau Tak?

Sumber gambar: Instagram @sfeashra/ Instagram @ainaa_lunaria

Beli, tak payah beli. Beli tak payah beli. Kalau beli bukan pergi berjalan pun raya ni. Tapi kalau beli, boleh la pakai untuk OOTD raya!

Sekarang ni nak kena beli ke tidak baju raya untuk tahun ni? Korang dah beli ke baju raya? Atau pakai sahaja pakai tahun lepas mana yang ada? Maklumlah, tahun ni kita beraya pada musim PKP. Nak balik kampung tak boleh rentas negeri, sekadar boleh rentas daerah sahaja. Nak pergi open house pun tak boleh, so perlu ke baju raya ni?

ADA OKAY, TAK ADA PUN TAK APA

Ada certain orang jenis suka bersiap tak kira la sama ada keluar berjalan atau tidak. Ada yang jenis asalkan dapat bersiap, walaupun hanya duduk dekat rumah sepanjang hari. Dapat keluar sekejap lepas tu, bonus point la. Tapi kalau duduk sahaja dekat rumah pun tak ada masalah bagi dia. So kalau korang jenis macam tu, terpulang pada diri sama ada nak beli yang baru atau pakai yang lama sahaja. Kira kalau macam ni, beli pun okay, tak beli pun okay juga.

WAJIB OUTFIT BARU

Let say korang ni sejenis yang suka pakai barang baru, tak suka pakai barang yang sama berulang kali. Hmm, kalau jenis macam ni nampaknya memang kena beli juga la sebab nak pakai yang baru punya pasal. Daripada hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya baru walaupun hanya beraya di rumah. Tapi kalau korang bersifat macam ni, jangan sampai membazir pula ya. Tak salah kalau nak beli, tapi biar berpada dengan perbelanjaan. Maklum la kita sekarang ni kan sedang dalam krisis.

PAKAI APA YANG ADA

View this post on Instagram

what colour is your baju raya? I wanna know 😍 Baju kurung from @larneyofficial

A post shared by syoba ahmad (@sohairshoba) on

Ehem, 5 bintang untuk korang yang tak suka membazir dan suka pakai apa sahaja yang ada instead of beli yang baru. Boleh jadi tahun lepas punya baju raya pun korang baru pakai sekali, so boleh la repeat pakai semula pada tahun ni. Jangan risau, followers tak tahu pun baju korang tu dibeli pada tahun bila. Asalkan pandai mix and match, itu sudah memadai untuk dipakai dan nampak cantik. Kalau nak kelainan sikit, korang mix and match baju kurung kosong dengan kain batik mak tu, baru la nampak macam gadis melayu terakhir.

PANTANG NAMPAK SALE

Bosan je scroll Shopee, IG shop, Zalora, Lazada dan bermacam-macam lagi online shopping yang ada. Maka dengan itu nampak la banyak sale berderet bersempena Hari Raya Aidilfitri. Korang pula sejenis yang pantang nampak ada sale walaupun hakikatnya itu ialah harga sebenar produk tersebut, tapi ada sale sikit je pun masih terpengaruh. Kalau kes macam ni, memang bukan setakat sepasang je baju korang, boleh jadi sampai 10 pasang ya sebab ada banyak sale kan sekarang ni. Dalam membeli tu, jangan lupa bahawa tarikh akhir pengeposan barang online kebanyakan syarikat penghantaran ialah pada 18 Mei ni, so kalau lambat tak dapat la pakai baju baru.

TAK PERLU BELI

Since sekarang masih di musim PKP, kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Lagi pula tempoh PKP ni disambung sehingga 9 Jun ni. Daripada korang membazir beli baju raya, baik simpan duit yang ada untuk kegunaan masa hadapan. Tak lama lagi nanti sekolah akan dibuka, mesti ada banyak benda yang perlu dibeli. Boleh la gunakan duit yang korang saving daripada baju raya tu untuk beli barang keperluan yang lain. At the same time kita pun tak membebankan parents, mana tahu sebenarnya mereka ada banyak benda yang perlu dibayar. Bila tak beli baju raya ni, banyak la boleh dibuat saving kan.

Bagi pendapat Ainaa sendiri, Ainaa memang tak beli baju raya pun since tahun ni akan beraya dekat KL so pakai sahaja baju raya tahun lepas. Nasib baik muat lagi, kalau tidak confirm kena join group yang pantang nampak sale tu, hehe! Apa pun berbelanja la secara berhemah ya sepanjang musim PKP ni.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Akaun Instafamous Resepi Memasak Ramadan 2020

Kafe Ala 5 Bintang, Bapa Jimin BTS Buka Kafe MAGNATE!