in ,

Raya Dengan Lisa BLACKPINK!

Sumber gambar: http://www.devenirartiste.com

Lisa merupakan salah satu ahli BLACKPINK yang suka bergaya! Pakai apa pun cantik.. Bukan tu je, dia dikatakan ahli yang paling suka makeup. Sehinggakan Jennie pernah marah Lisa sebab bila nampak makeup je, mesti Lisa nak beli.. Agaknya apa la tips makeup dari Lisa ya?

MATA

Sumber gambar: Onstyle

Elemen penting untuk makeup ala-ala Lisa, mesti la bahagian mata! Biasanya kalau Lisa, dia akan gunakan eye shadow glitter warna khaki atau pun coklat. Lepas tu, letak kan eyeliner berwarna hitam dan dihujung kelopak mata tu buat wings sikit. Tips dari Lisa, sapukan sedikit eye shadow coklat dibawah kelopak mata, untuk nampak mata lebih cantik.

SHADING

Sumber gambar: Onstyle

Untuk girls yang ada pipi yang chubby, hilangkan dengan sapukan sedikit contour pada tulang rahang. Kalau boleh gunakan brush untuk dapat hasil yang lebih natural. Sapukan juga sedikit highlight di tulang pipi supaya nampak shining gitu..

LIPSTICK

Sumber gambar: Onstyle

Biasanya Lisa ni sukakan warna-warna yang natural. Tak kisah la yang matte atau glossy. Warna natural ni macam warna peach, pink, atau warna nude.

KENING

Sumber gambar: Onstyle

Lisa ni memiliki kening yang sedikit tebal, macam tipikal asian girl. Korang boleh gunakan warna natural macam warna coklat tua pada kening. Lukis kening ikut kening korang tapi dihujung tu buat sikit melengkung.  But take note girls, jangan lukis kening tebal sangat, takut jadi macam Shin Chan pula! Ops!

Kalau #Lunagirls nak tahu, Lisa ni antara artis kpop paling ramai followers Instagram, dengan 20.1M jumlah pengikut! Ish ish, dah la cantik, pandai makeup, pandai menari.. Apa je yang Lisa ni tak boleh buat kan girls. Haa, kalau #Lunagirls nak cantik macam Lisa raya ni, ikut la tips yang LUNARIA share ni..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Balik Raya Yang Korang Wajib Ada!

Update Baru TikTok Nak Lawan Spotify?