in ,

Raya Bandar Boring? Say No More Girls..

Sumber gambar: https://www.videoblocks.com/video/young-woman-with-remote-control-watching-boring-movie-at-tv-making-her-to-asleep-kzvrcig

Tak semua orang ada kampung kan, ada sesetengah orang yang akan beraya di bandar… Girls yang raya di bandar ni biasanya korang buat apa? Rasanya lepas je salam raya terus bukak baju kurung, lepak depan tv kan? Hihi.. Nasib kita sama, but no worries.. Tak semestinya raya korang akan murung, why not ajak parents korang pergi tempat-tempat ni..

KUALA LUMPUR UPSIDE DOWN HOUSE

Sumber gambar: http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/upside-down-house-kl-tower.htm

Rumah ni unik tau, sebab semuanya terbalik. Dari dalam rumah sampai la keluar rumah.. Warna- warna yang terang dan menarik, memang cantik la kalau nak ootd dekat sini. Daripada korang lepak rumah, jom la pegi rumah terbalik ni…

MUSEUM OF ILLUSION KUALA LUMPUR

Sumber gambar: https://www.visionkl.com/museum-of-illusions-arrives-in-kl/

Bagi #Lunagirls yang pencinta seni, tempat ni yang terbaik dan yang wajib korang lawati. Lebih kurang 30 lukisan yang ada dekat sini tau.. Boleh la acah-acah yang korang ni tukang gunting rambut, Dart Vader dan banyak lagi.. Dalam ni mungkin korang akan lama, sebab mesti akan berhenti disetiap lukisan tu..

TAMAN BURUNG

sumber gambar: https://www.klbirdpark.com/visitordetail/Daily_Activities

Girls yang suka kan binatang, especially burung, boleh la pegi lawat taman burung. Banyak tau burung- burung yang exotic yang korang tak pernah tengok. Bukan tu je, ada juga bird show dan tempat pembiakannya burung. Lagi satu, ada certain burung dekat sini, diorang sengaja lepas kan.. So korang boleh la berinteraksi dengan burung tu.. BTW girls, taman ni merupakan salah satu taman burung terbesar didunia tau!

NATIONAL SCIENCE CENTRE

Sumber gambar: https://www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g298570-d455056-i43012286-National_Science_Center-Kuala_Lumpur_Wilayah_Persekutuan.html

Dengar je perkataan sains mesti korang nak elak kan? hihi..  Ala girls, cuba la dulu pergi sini.. Banyak tau benda best, macam aquarium air tawar, galeri penerbangan, survive the bunker. Dimana korang akan lalui perjalanan misteri sains dan fenomena fobia.. Tempat ni pun ada bahagian outdoor, water plaza, pengembaran maya..

Raya ni, tak la boring lagi,hihi.. Sebab korang boleh pergi melawat tempat-tempat menarik ni! Kalau girls yang beraya di kampung penuh kan Instafeed dengan gambar raya, korang pulak dengan tempat- tempat cantik ni! Lagipun, sure jalan kosong, nak ootd atas jalan pun boleh sis!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa Ahli BTS Single…

Nak Beraya Dengan Kawan? Make Sure Buat Ni Dulu…