in ,

Rasa Malas Menguasai Diri? Korang Cuba Trick Ini

Sumber gambar: wap.mi.baca.co.id

Sebagai manusia biasa, kita semua mesti pernah rasa malas. Memang tipu sangat jika kita 24/7 rajin dalam semua hal. Ada juga orang yang kadang-kadang itu, bila mood malas dia dah sampai. Semua benda dia tak nak buat dan duduk sajalah di situ tanpa buat apa pun, betul tak? Ada tak yang pernah buat macam ini? Okaylah, kali ini kami nak kongsi dengan korang beberapa tips terbaik nak hilangkan rasa malas yang menguasai diri. 

TAHU MASALAH

via GIPHY

Korang kena tahu, apakah punca sebenar yang menyebabkan korang jadi malas sangat. Selain itu, korang juga boleh cuba renung sikit, apa juga faktor yang membuatkan korang rasa diri korang tidak ada motivasi dan semangat. Iyalah, sebab kadang-kadang malas ini dia boleh datang singgah dalam fikiran kita, betul tak? Mungkin dari cara korang bertanya dan renung diri sendiri apa masalah malas korang itu akan terungkai. Contohnya sebab mungkin tak cukup tidur, letih, penat, tak puas hati dalam sesuatu hal, takut dan lain-lain.

SELESAIKAN MASALAH DULU…

Sumber gambar: pinterest

Ya! Betul! Bila korang dah tahu apa punca dan faktor utama korang malas. Sebaiknya, korang selesaikan dulu masalah korang itu. Contohnya, kalau korang tak cukup tidur, korang pergilah mandi segarkan diri dan tidur untuk sementara waktu. Mungkin juga sebab tak ada semangat, korang boleh cuba ubah atau cari jalan, sumber apa yang mampu beri korang semangat. Jika ada sebarang masalah juga, korang boleh cuba cari jalan dengan minta bantuan orang lain okay! 

TO DO LIST AKAN BANTU! 

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, jika korang sudah ada jadual atau to do list korang dari awal. Ia akan bantu jadual dan rutin korang dengan lebih baik.  To do list juga memang sangat berkesan dan bantu korang daripada ada aktiviti bermalasan tau! Senang sangat nak sediakan to do list ini sebab korang boleh siapkan seminggu lebih awal atau setiap hari sebelum. Tulis atas kertas atau tetapkan reminder dalam phone korang pun boleh.

SENTIASA DISIPLINKAN DIRI!

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang juga kena sentiasa ada mindset untuk disiplinkan diri korang untuk jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Maksudnya, korang janganlah overwork yourself… Jika perlu, korang siapkan dulu satu tugasan dan berhenti rehat sekejap dan sambung semula tugasan korang itu. 

TEKNIK JAGA MASA 

via GIPHY

Korang juga boleh menggunakan beberapa teknik masa. Teknik masa ini macam mana? Ia terpulang pada korang. Contohnya, teknik masa 20/10, jadi korang boleh buat kerja atau aktiviti korang fokus selama 20 minit dan berhenti berehat untuk 10 minit sebelum korang sambung semula. Kalau korang nak cuba buat 45/15 pun boleh juga dan korang boleh set timer pada telefon korang dengan lebih mudah bila buat kerja nanti.

Ha, sebenarnya mudah sahaja nak hilangkan cara malas ini. Apa yang penting, korang perlu ubah sikit jadual dan fikiran korang supaya lebih teratur dan berdisiplin. Perkara seperti ini, mudah sangat untuk sesiapa buat. Bukan saja untuk tugasan di rumah, malah di sekolah, tempat kerja, untuk aktiviti dan rutin harian korang pun boleh juga tau! Hehe! Semoga ini bermanfaat untuk diri korang for next time okay! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Nak kena disiplinkan diri ni yang susah ni 💆🏻‍♀️ macam-macam cara dah buat tapi still malas.. Geng Lunaria boleh tolong tak? 😩

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pasangan Selebriti Dulu Paling Sweet, Sekarang Hanya Sekadar EX

Dynamite BTS Inspired Outfit Yang Korang Patut Cuba!