in ,

Rapper Underground, Sekarang Makin Famous!

Sumber gambar: instagram.com

Sekarang ini ada banyak sangat genre lagu sampai kita pun tak tahu nak dengar mana satu. Dalam banyak-banyak genre muzik yang Zoe suka dengar antaranya ada Hip Hop, ala yang orang asyik Rap itulah sebab muzik dan lirik dia sangat cool! Kalau korang nak tahu kebanyakan musician atau rapper di negara kita ini awalnya dorang mula secara underground saja. Biasalah mula-mula itu memang kena usaha sikit, lama-lama cuba korang tengok sekarang ini mereka pun dah dikenali orang ramai.

K-CLIQUE

Antara kumpulan Hip Hop yang ramai iaitu dengan anggotanya lapan orang. Mereka ini berasal dari Sabah dan lagu yang buatkan nama mereka mencanak-canak naik adalah Lane Lain Line dan Sah Tu Satu. #Lunagirls mesti ramai tahu lagu dorang yang latest Mimpi duet dengan Alif itu juga kan?

AMAN RA

FYI, Aman RA ini dah lama tau sebenarnya ada dalam industri muzik negara kita dan awal-awal dulu dikenali sebagai Kraft dari kumpulan College Dropouts dengan Caprice which is kawan sekolah dia dulu. Kebanyakan awak semua mesti kenal dia waktu lagu Budak Flat dan Jatuh Bangun kan? Sebenarnya, sebelum ini pun banyak dah lagu Aman RA yang best dan sekarang ini lagu baru Fighter dia tu pun best kan!

YUNG RAJA

Walaupun Yung Raja ini berasal dari Singapura tapi fanbase dia di Malaysia ini pun ramai juga tau! Ada tak antara #Lunagirls yang minat dia? Yeay kita geng! Yung Raja ini, dia hebat sebab boleh Rap dalam bahasa tamil. Iya lah, kalau kita tengok ramai orang suka sangat terikut muzik mainstream ala barat. Jadi, Yung Raja ini sebab dia suka sangat gabungkan budaya dan kreativiti, hasilnya sangat berbaloi sebab sekarang ini ramai yang dengar lagu dia.

LAWALAH FAMILIA

Percaya tak mereka ada 24 orang ahli? Semuanya memang berbakat tulis lirik untuk diss sesiapa secara direct and indirect. Siapa yang dengar lagu mereka ini kadang-kadang ibarat ‘siapa makan cili dia rasa lah pedasnya’. Kalau korang perhatikan lirik dia kebanyakan memang ada yang deep sikit. Group Hip Hop ini pun walaupun baru saja enam tahun dalam industri tapi mereka bukan calang-calang tau!

Banyak saja lagi orang-orang hebat yang boleh Zoe listkan seperti Joe Flizzow, Sonaone, Karmal, Caprice, Alif, Dose Two, Akeem dan lain-lain. Tapi Zoe hanya kongsi yang mainstream sebab mereka sangat awesome sekarang ini! Korang pun boleh lah cuba dengar lagu-lagu Hip Hop dan bukankah lebih baik kalau kita sapot local? Barulah nanti orang kenal industri muzik kita, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Pujuk Mak Yang Tengah Merajuk…

Si Dia Kena Buat Ini Sebelum Declare Bercinta