in ,

Rancang Pemakanan Di Open House!

Sumber gambar: Taste of Home

Open house sana, Open House Sini,
Perut ni dah tak larat dah nak hadap lagi..

Hai #Lunagirls, banyak jemputan open house ke tu? Banyak sangat makan,masih muat ke lagi ke baju raya tu, hihi.. Sebenarnya tak salah pun nak makan, cuma korang kena ada plan cara nak makan tu..

KUANTITI

via GIPHY

Dekat open house mestilah ada macam-macam makanan.. Kalau boleh semua nak makan.. Hihi.. Well, tak salah pun nak makan, cuma kuantiti dia tu biar la sedikit . Especially kalau nak rasa semua makanan.. Lepas tu, kalau korang ambil banyak-banyak, bila dah kenyang, mesti tak habis.. Dah membazir.. itu kan amalan syaitan..Lebih baik kalau makan dengan sedikit tapi kerap..

ALAS PERUT

Sumber gambar: https://www.abangbrian.com/2017/menu-alas-perut/

Sebelum keluar rumah, jangan biarkan perut korang kosong.. Sebab korang mesti nak makan dengan banyak, end up tak habis. Sebab itu semua nafsu, hihi.. Kalau boleh alas perut dengan air ataupun jamah sikit makanan macam roti ke biskut before keluar pergi open house.

PILIHAN MAKANAN

Sumber gambar: LUNARIA

Satu tips dari LUNARIA, elakan makan makanan berkuah, contohnya macam mee hoon sup, soto dan lain-lain lagi.. Sebab korang akan lebih cepat kenyang, dan mesti tak habis makan makanan yang lain.

MAKAN BUAH

via GIPHY

Buah adalah pilihan yang baik untuk pencuci mulut berbanding dessert lain. Sebab ia bebas dari gula dan bahan pengawet yang tak baik untuk kesihatan. Manis buah ni pun tak la terlalu bahaya daripada makanan manis mulut lain.. Rasa fresh je bila makan buah, tambah pula kalau ianya sejuk..

Nak pergi open house ni memang seronok, tambah pula bila dapat makan, jumpa orang dan mesti la dapat duit raya! Tapi, kesihatan jangan lupa.. Karang perut sakit la, cirit birit, dan macam-macam lagi.. So pastikan amik makanan dalam kesederhanaan dan elakkan pembaziran, okay #Lunagirls..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bundle Gaya Avril Bawah RM50!

Ini Tanda Amaran Badan Kita Perlukan Rehat…