in

Rambut Tocang? Ikat Satu? Potong Botak Jelah..

Sumber Gambar: sg.news.yahoo.com

Ramai sekarang suka ikut trend artis K-Pop! Sehinggakan cara make up and hairstyle pun jadi ikutan gadis remaja! Harini LUNARIA kongsikan senarai hairstyle ala Korea untuk pergi sekolah! Mesti lepas ni ramai kawan-kawan akan tiru style korang buat pula.. Hehe!

FRENCH BRAID 

Sumber Gambar: https://weheartit.com/

Ada macam-macam gaya braids yang #Lunagirls boleh cuba tau.. Tapi french braid ni adalah satu hairstyle baru yang akan buat style korang lebih unik dan lebih swag! Boleh je korang belajar tutorial mudah buat french braid ni tau.. Psst.. kalau perasan Jennie BLACKPINK pun suka ikat rambut macam ni.. #SWAG

PIXIE BOB 

Sumber Gambar: https://istyle.id

Hairstyle ni sangat sesuai untuk #Lunagirls yang tak suka bersiap kalau pergi sekolah! Bukan malas tapi tak nak rushing bangun pagi kan? Hehe! Kalau korang gayakan hairstyle ni, senang nak basuh dan nak keringkan! Tak ada lah kelam kabut nak fikir ikat rambut macam mana.. Hehe!

MESSY BUN 

Sumber Gambar: http://emeronhaircare.com

Ha! Bagi yang sayang nak potong rambut takpe, korang boleh gayakan style messy bun untuk ke sekolah! Hairstyle yang paling ringkas tapi bergaya.. Hehe! Korang boleh ikut tutorial messy bun ala korea.. semua comel-comel dan kemas! Tapi #Lunagirls jangan tambah accessories tau, karang habislah kena dengan cikgu disiplin! Ops!

BANG SEE THROUGH

Sumber Gambar: http://www.myfatpocket.com

Bangs atau rambut depan selalunya tidak dibenarkan untuk digayakan ke sekolah sebab nanti tutup mata! Tapi apa kata korang buat bang see through! Kalau bangs see through tu sikit je rambut  depan tu.. macam ada tapi tak ada.. haa gitu! Hehe!

Ha.. onz tak senarai rambut ala Korea untuk pergi sekolah? K-Pop fans mesti tak nak ketinggalankan, so #Lunagirls cepat-cepatlah try hairstyle ni okay? Lepas tu jangan lupa tag LUNARIA tau.. Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eww! Ada Ke Orang Nak Share Panties?

Terlebih Hormon Perempuan Boleh Dapat Cancer?