in ,

Rambut Selalu Kembang? Ini Korang Perlu Tahu

Sumber gambar: youtube.com/도영도영이

Setiap orang ada jenis rambut yang berbeza. Lain jenis, lain cara penjagaannya. Kalau nak rambut korang selalu maintain nampak elok itu memang perlukan effort dan kerajinan yang betul-betul kaw-kaw supaya ia kekal sihat sampai bila-bila. Tapi itulah, kadang-kadang bila sudah jaga seperti biasa pun bila angin tiup fuh! Sikit sahaja pun rambut tiba-tiba sekelip mata dah kembang ke tepi dan tidak terurus. Bila sikat semula, ia akan tersekat di skala enam, ceh! Macam iklan pula kan? Okay kalau rambut korang selalu kembang, kami ada beberapa tips yang korang perlu buat untuk make sure rambut korang kekal nampak cantik dan tidak kembang walaupun sudah ditiup angin.

JENIS RAMBUT

via GIPHY

Pastikan korang kenal dan tahu jenis rambut korang itu bagaimana. Ini memang antara yang paling penting sebab kalau korang tak tahu tentang jenis rambut korang memang susah untuk korang nak beli syampu, pelembap dan serum yang sesuai dengan jenis rambut korang. Penjagaan rambut ini sebenarnya sama sahaja dengan penjagaan kulit badan dan kulit muka, memang tidak boleh main suka hati sahaja.

SYAMPU

via GIPHY

Kalau korang dah tahu jenis rambut korang, korang mesti akan beli syampu, pelembap dan serum  yang baik untuk rambut korang kan? Jadi, untuk syampu rambut, sebenarnya lebih baik korang cuci rambut sekurangnya satu kali dalam sehari atau dua hari satu kali. Lebih lagi yang bertudung, sepatutnya korang jangan biarkan rambut korang tidak dicuci dengan lama sebab bukan setakat akan kembang rambut korang itu malah ia juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

PELEMBAP

via GIPHY

Bila dah cuci rambut dengan menggunakan syampu itu, pastikan korang gunakan pelembap. Pelembap itu sebenarnya korang tak perlu picitkan dengan banyak. Jangan dengar mitos yang kalau lebih banyak pelembap, rambut korang akan lebih lembut dan sihat. Sebenarnya tidak, malah rambut akan lebih berminyak kalau korang terlebih guna pelembap. Cukup letak dalam amount yang sesuai dengan panjang rambut korang pun dah memadai.

SERUM

via GIPHY

Serum untuk rambut pula korang cuma perlu gunakan tiga kali dalam seminggu pun sudah cukup. Tidak perlu pakai serum dengan jumlah yang banyak sebab korang cuma akan sapu serum itu di kulit kepala sahaja. Dari kulit kepala itu sebenarnya yang akan membantu dalaman rambut korang untuk jadi lebih sihat atau tidak, kiranya dari akar rambut gitu…

TREATMENT

via GIPHY

Selain itu, korang perlu lakukan treatment untuk rambut korang sekurangnya enam bulan sekali. Sebab iyalah nak buat treatment memang agak memerlukan bajet yang mahal. Jadi, korang perlu kan treatment seperti keratin, protein dan lain-lain untuk pastikan rambut korang jadi lebih sihat.

Kalau korang dah amalkan penjagaan rambut seperti yang kami kongsi ini, mungkin rambut korang akan lebih jadi lebih sihat dan tidak selalu kembang. Biasanya, rambut boleh kembang sebab ia terlalu kering ataupun berminyak. Sebab itu, korang wajib jaga tidak kira korang pakai tudung ataupun tidak. Kalau rambut korang tidak ada sebarang perubahan langsung atau jadi semakin teruk sebaiknya korang datang berjumpa dengan doktor ataupun pakar yang lebih baik untuk selesaikan masalah rambut. 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No Smartphone Untuk Remaja Bawah 21 Tahun Di US?

Tanda-tanda Korang Obses Dengan Media Sosial!