in ,

Rambut Raya Macam Bulu Ayam? Oh Tidakkk!

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Salam Jumaat! Yay.. harini last day sekolah, lepas ni cuti dua minggu! Mesti #Lunagirls dah plan your raya preparation kan? Tema baju raya korang warna apa tahun ni? Kasut stail apa korang nak pakai? Rambut macam mana? Hari yang paling menyakitkan hati bukanlah masa datang bulan, tapi bila rambut buat hal.. Setuju tak dengan statement Ummi ini #Lunagirls? Ish! Bila hari yang penting je rambut mesti tak menjadi… bila hari tak penting elok je terletak! Tak apa, harini Ummi ada jalan penyelesaiannya!

DRY SHAMPOO

via GIPHY

Dry shampoo ini benda kena ada tau girls masa raya nanti! Ia sangat membantu untuk menyerap minyak berlebihan di kepala dan sekaligus buat rambut korang ada volume! Tak ada laa rambut melepet je.. Haha! Sekali spray je dan korang dah ready untuk pergi! Simpanlah satu dalam bag, mana tahu tiba-tiba nak jumpa crush.. Haa spray je rambut tu! Pooff!

BEDAK

Sumber Gambar: http://beautynesia.id

Kalau #Lunagirls tak ada dry shampoo untuk hilangkan minyak dekat rambut korang, apa kata korang guna bedak. Ya! Bedak je! Ummi dah cuba memang menjadi cuma jangan banyak sangat letak tau. Korang ambil bedak dah letak di antara rambut dan kulit kepala, lepas itu dab dab kan ia agar bedak itu tak terletak dekat rambut macam ada uban.

MESSY HAIRSTYLE

via GIPHY

Siapa kata nak bergaya, tak boleh buat rambut messy? Korang tahu tak messy look ini lah akan buat korang nampak stunning time bad hair day tau. Cukuplah dengan buat messy bun, dah cukup buat korang nampak style dan bergaya! Kepuk-kepukkan sikit, dah settle! #Lessismore

AKSESORI

via GIPHY

Bila rambut berminyak atau pun ada anak rambut yang tak nak behave, kita rasa geram je dengan rambut tu kan.. Alahai! Antara cara yang paling senang nak cover, korang boleh pakai aksesori dekat kepala seperti scarf, bobby-pin, cap or turban! Selesai masalah.. Sekali sekala time raya kita tukar gaya sikit! Hihi!

Kalau korang ikut cara Ummi ini, korang dah boleh ucapkan good bye pada bad hair day! Raya nanti taklah kita moody 24 jam terkenangkan rambut tak jadi tu.. Tapi apa-apa pun, jangan malu untuk cuba gaya baru dan explore cara lain untuk rambut kita!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Marah & Protes Sampai Pecahkan iPhone Sendiri?!

Susahnya Nak Control Diri Waktu Puasa!!