in , ,

Rambut Pun Nak ‘Makan’ Tomato!

Sumber gambar: https://kotaku.com/you-did-indeed-speel-that-correctly-482131597
Sumber gambar: Lunaria.com

Ingatkan tomato ni setakat untuk letak dekat dalam burger je, rupanya banyak kebaikan untuk kecantikan wajah! Rugi je selama ni buang tomato dalam burger!

Ya girls, sayur tomato ni ada banyak gunanya untuk kecantikan muka kita tau.. Bukan hanya untuk melembutkan kulit, tapi ada banyak lagi fungsi lain. Korang pun mesti tak sangka yang sebenarnya tomato ni bagaikan magic untuk kita nampak cantik dalam masa singkat! Jom baca girls!

KURANGKAN JERAWAT

via GIPHY

Tak payah susah beli ubat jerawat mahal-mahal, cukup setakat tepek tomato je dekat muka. Caranya ialah korang lenyekkan tomato, sapu seluruh muka dan biarkan selama 30 hingga 40 minit. Dah cukup masa, bilas terus dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu kalau nak dapatkan hasil yang memuaskan. Tomato akan sejukkan kulit dan serap lebihan minyak at the same time buatkan jerawat mengecut.

KECILKAN PORI-PORI DEKAT MUKA

Sumber gambar: https://www.hijabnheels.com/posts/pori-pori-muka-besar-ini-6-tips-paling-mudah-untuk-korang-amalkan

Ramai ada masalah liang pori yang terbuka sampai dah buntu nak settle masalah tu. Mulakan dengan campur sedikit air perahan tomato dalam putih telur dan terus sapu dekat muka sampai bancuhan tu kering. Lepas dah kering, bilas guna air suam dan lap guna kain bersih. Hasilnya, liang pori korang akan mengecil tapi dengan syarat make sure amalkan selalu okay.

TURUNKAN BERAT BADAN

via GIPHY

Duit dah banyak habis beli produk kurus? It’s okay, mulai harini korang amalkan makan buah tomato setiap pagi sebab ia dapat menyingkirkan lemak dalam badan. Bukan tu je, jus tomato juga baik untuk turunkan berat badan. Waktu yang sesuai untuk minum jus tomato ialah pada 15 minit sebelum makan.

RAWAT RAMBUT KERING DAN KELEMUMUR

Sumber gambar: https://www.winnetnews.com/post/begini-cara-paling-baik-untuk-merawat-rambut-yang-kering-dan-kusam

Ingatkan elok untuk muka je, tapi rupanya baik untuk rambut juga! For those yang ada rambut kering dan bercabang, korang boleh lumurkan jus tomato dan balut rambut dengan tuala selama 20 minit. Selain tu, untuk masalah kelemumur, korang boleh lenyek tomato dekat kulit dan bilas lepas 20 minit. Hasilnya korang akan nampak rambut jadi lebih bersinar, sihat dan kelemumur pun hilang.

Ruginya rasa sebab baru tahu sekarang. Kalau dah tahu daripada dulu, mesti kulit muka dah flawless terox! Tapi belum terlambat kalau korang nak try sekarang. Jom cantik sama-sama!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Teknik Edit Foto Oleh Jejaka Ini Cetuskan Inspirasi!

Tak Keringkan Rambut, Kelemumur Tebal Seinci!