in ,

Rambut Pun Boleh Merajuk!πŸ’‡β€β™€οΈ

Sumber gambar: https://www.wmagazine.com/story/bad-hair-trend

Betul ke kita tak boleh basahkan rambut setiap hari? Tapi kalau tak basuh rambut, busuk la nanti dah la seharian rambut tu duduk dalam tudung sekolah je…

Hmm cuba korang fikir, takkan nak basuh rambut seminggu dua kali ke? Boleh jadi berkepam kepala tu dibuatnya. Dengan cuaca Malaysia yang panasnya lagi, confirm tak selesa. In case korang rasa malas sangat nak cuci rambut ni, cuba fikirkan perkara ni dulu…

CUACA MALAYSIA PANAS

via GIPHY

Baru keluar rumah setengah jam, dah rasa panas sampai gatal kepala dibuatnya. Sebab tu la korang kena cuci rambut sebab peluh dekat kepala tu akan buat rasa tak selesa. Lagi teruk bila minyak dekat kepala bertambah banyak dan sebabkan kelemumur semakin menjadi-jadi. So better cuci ya rambut tu kalau taknak benda ni semua jadi.

KELEMUMUR

Image result for dandruff
Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=zDsFRrobdv8

Macam Ainaa cakap tadi, kalau malas nak cuci rambut, fikir la tentang kelemumur yang ada dekat kepala korang tu. Lama-lama kalau dibiarkan, akan ada tumbuhnya kulat ya girls kalau tak dibersihkan. Tapi kalau selalu sangat cuci pun akan buatkan kelemumur tu bertambah. Better check juga jenis shampu yang korang gunakan ya.

NAK RAMBUT CEPAT PANJANG

via GIPHY

Did you girls know yang bila kita cuci rambut, folikel rambut yang mati akan hilang sedikit demi sedikit. Bila folikel tu hilang, rambut korang akan tumbuh dengan lebih cepat. So, kalau rasa nak rambut tu tumbuh cepat ya.

AKTIVITI SEKOLAH

Image result for main bola jaring
Sumber gambar: https://says.com/my/seismik/lelaki-dilarang-tonton-bola-jaring-di-kelantan

Pagi ada PJK, lepas rehat ada kelas macam biasa. Then petang tu sambung pula koko. Aduhh, confirm berlengas badan ni then kepala pun berpeluh taknak ajak bincang. Balik je sekolah fuhhhhh garu bagai tiada hari esok. Eloknya kalau dah hadap benda macam ni, balik tu basuh la terus rambut tu okay.

Ikutkan hati, Ainaa pun malas juga nak basuh rambut ni sebab dah penat balik kerja semua. Tapi nanti confirm la rambut jadi bau busuk. Malu la kalau time tu selisih dengan crush, buat malu saja.

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Kulit Cantik? Elakkan Buat Benda Ni Before Tidur…

#LunaSquad: Ike Diana Pernah Makan Cat Food?!