in ,

Rambut Nipis? Ini Cara Dapat Rambut Ala TyraKmrzmn!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=1U1Q8aVFMEE

Rambut adalah mahkota untuk setiap girls. #Lunagirls pun mesti suka kalau ada rambut yang lebat dan lembut beralun bukan? Ya, sebab itulah rambut idaman setiap wanita dalam dunia. Rambut pun boleh beri kesan kepada keyakinan diri kita untuk berdepan dengan orang sekeliling. Hari ini Zoe akan kongsi dengan awak bagaimana nak buatkan rambut yang nipis itu nampak tebal. 

DRY SHAMPOO

via GIPHY

Untuk pengetahuan #Lunagirls dry shampoo selalu akan memberikan tekstur dan boleh naikkan volume pada rambut. Kalau boleh, korang apply dry shampoo korang itu betul-betul kena pada akar rambut dan boleh hilangkan kesan rambut berminyak. Ia akan bantu untuk ‘tebalkan’ rambut yang nipis.. 

HIGHLIGHT

via GIPHY

Bagi #Lunagirls yang warnakan rambut dengan warna yang sama boleh buatkan rambut awak semua nampak lebih nipis ya kalau korang nak tahu. Jadi sebaiknya kalau korang buat highlight atau tambah saja lebih dari satu tona warna pada rambut korang supaya ia nampak lebih full dan tebal.

BLOW DRY

Sumber gambar:

Apa kata waktu korang blow dry rambut korang itu, sebaiknya korang tundukkan kepala? Sebab kalau lepas mandi dan rambut masih basah itu korang keringkan secara upside down. Cara ini akan membantu untuk buat rambut korang nampak terlihat lebih lebat dan blowing lebih menarik.

LAYERING

Sumber gambar:

Kalau #Lunagirls ada rambut panjang yang tidak terurus dan teratur, memang akan buatkan penampilan korang tak fresh dan kusut tau. Lebih lagi kalau rambut korang nipis. Jadi kalau cuba gaya rambut berlayer dia akan buatkan rambut korang nampak lebih tersusun dan full.

Selepas ini, #Lunagirls dah tak perlu risau untuk fikir rambut korang nipis dan nampak tak kemas. Mungkin lepas awak semua cuba cara yang Zoe dah kongsi ini rambut korang akan nampak lebih terjaga dan menarik? Hehe! Dah cuba nanti bolehlah flips hair korang dekat crush nanti. LOL!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Demi BTS, Bangunan Di Riyadh Bertukar Warna Ungu!

Terima Banyak Kecaman, Sulli Bunuh Diri 😱 😭