in ,

Rambut Kerinting? Penyabar orangnya.. Rambut Korang Style Apa? πŸ’‡πŸΌ

Sumber gambar: http://tallncurly.com/

Rambut merupakan mahkota setiap girls! Makin cantik rambut tu, makin confident diri kita.. Tapi korang tahu tak sebenarnya gaya rambut pun boleh tentukan personaliti seseorang tau. Nak tahu tak apa karakter korang? Baca la article ni sampai habis okay… Psst, gadis berhijab pun still boleh relate!

RAMBUT KERINTING

Image result for rambut keriting
Sumber gambar: https://www.idntimes.com/life/women/ulfa-luthfia-hidayatty/model-rambut-keriting-wanita

Ada certain orang teringin sangat nak ada rambut kerinting sebab nampak sangat cantik! Kata orang, gadis berambut kerinting ni pemurah orangnya. At the same time seorang yang boleh jadi pemimpin sebab dia mampu bersabar dengan rambut kerintingnya tu. Tapi dalam diam korang sebenarnya ratu drama sebab jenis susah nak fokus dengan satu perkara. Betul tak #teamrambutkerinting?

RAMBUT TEBAL

Image result for rambut tebal
Sumber gambar: https://merahputih.com/post/read/cara-alami-bikin-rambut-tebal-dan-bervolume

Biasanya orang yang berambut tebal ada energy yang kuat sebab dia mampu selesaikan masalah yang singgah. Tapi dalam boleh settle masalah tu, keras kepala juga orangnya. Bukan tu je, orang yang rambut tebal ni jenis sukakan aktiviti lasak dan extreme! Mesti korang suka masuk hutan, hiking, main sungai atau sukan extreme yang lain kan?

RAMBUT BERALUN

Image result for rambut beralun
Sumber gambar: http://lavendarrheahana.blogspot.com/2014/01/tips-rambut-lebatberkilau-dan-beralun.html

Best betul kalau ada wavy hair, senang je nak bentuk rambut, tak ada la degil tak nak dengar cakap. Tapi yang tak best tu gadis berambut wavy seorang yang mudah beremosi danΒ cepat terasa hati. Alahai, hati tisu rupanya mereka ni ya.. Dalam negative tu, still ada positiveΒ sebab mereka ni murah hati dan bertenaga orangnya, tak cepat putus asa!

RAMBUT PENDEK

Image result for rambut pendek
Sumber gambar: http://jelita.asia/topic-1375

Selesa betul kalau rambut pendek ni. Tak payah nak keringkan guna hair dryer, baru lap berapa kali dah terus kering, hehe! Orang yang rambut pendek ni selalunya buat keputusan akan fikir banyak kali sebab dia lebih kepada fikirkan perkara logik. Setiap apa yang dilakukan mesti ada tujuan dan bukannya buat perkara sia-sia. Seorang yang tak suka terbeban sebab malas nak fikir banyak benda.

So rambut #lunagirls style yang mana satu? Ehh tapi tak semestinya apa yang Ainaa tulis ni sama sebijik macam karakter korang. Maybe ada beberapa fakta yang sama, tapi tak bermaksud korang boleh percaya 100% ya..

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mask Jimat Guna Buah Je! πŸ‰πŸ

BTS Buat Konsert Dekat Arab Saudi, Bila Nak Singgah Malaysia?