in ,

Rambut Kerinting Macam Princess Guna Jari Pun Boleh!

Sumber gambar: YouTube Like a Moss

via GIPHY

Bila rambut lurus nak kerinting, dah lurus nak kerinting pula…#normal Ummi faham sangat sebab Ummi pun selalu ada ‘drama’ ni.. Haha! Fesyen dan stail akan sentiasa berubah.. So tak ada masalah untuk kita mencuba benda baru untuk ubah penampilan! Sekarang, nak rambut kerinting tanpa menggunakan hair curler pun boleh tau! Hari ini Ummi nak ajar korang special tricks untuk kerintingkan rambut dengan bajet yang murah!

GUNA JARI JE

Sumber Gambar: https://www.wikihow.com

Ha! Ini sangat tak menyakitkan rambut tapi mungkin jari korang akan lenguh sikit! Apa yang #Lunagirls kena buat ialah bahagikan rambut korang ke dua atau empat bahagian, kemudian basahkan jari, ambil salah satu bahagian yang korang dah bahagikan tadi dan lilit dekat jari korang! Biarkan rambut terlilit selama seminit dua, ulang step yang sama untuk bahagian rambut yang lain dan dah siap.. Yay! Senangkan? Kalau nak lebih tahan lama, guna hairspray okay?

TISU TANDAS

Sumber gambar: www.wikihow.com

Yup! Kita guna tisu tandas je girls! Caranya sangat mudah iaitu ketika rambut basah bahagikan rambut beberapa bahagian dan korang gulung rambut menggunakan tisu tandas satu persatu! Eh tapi jangan lupa guna tisu tandas yang keras dan lebar supaya lebih kuat! Bila dah siap gulung semua rambut, terus tidur okay! Esok bangun pagi terus buka gulungan satu-satu.. dan siap! Senang sangatkan?

PIN RAMBUT

Sumber Gambar: https://www.fabhow.com

Untuk #Lunagirls yang mempunyai rambut nipis, tak payah membazir beli produk untuk kerintingkan rambut tau! Korang boleh je guna pin rambut je.. Caranya dengan gulungkan rambut pada bahagian kecil dan selitkan je secara bersilang pin tu okay? #Lunagirls tunggu dalam masa beberapa minit je.. Kalau nak kerinting besar, korang gulung rambut banyak sekali gus okay?

GUNA STOCKIN LAMA

Sumber Gambar: https://www.topinspired.com

Erm! #Lunagirls nak lebih jimat kos? Korang boleh guna stokin lama je.. Psst, make sure stokin tu bersih dan tak berbau tau! Tapi jangan pula guna stokin baru tau.. sebab kita kena gunting hujung stokin nanti! Lepas korang dah gunting hujung, korang gulungkan stokin macam bentuk donut, masukkan ke rambut dan twist rambut dalam stokin..  Sambil tunggu rambut “set” korang boleh layan lagu best di Playlist Hot X okay!

Ha! Macam mana #Lunagirls okay tak? Dah, tak payahlah keluar duit ratus-ratus untuk buat  rambut kerinting, nanti bosan nak lurus balik, haa nak guna duit lagi! Baik #Lunagirls cuba je cara Ummi yang sangat jimat dan sihat untuk rambut! Mesti korang akan happy, rambut happy and Ummi pun happy.. Laa #tiber!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Elakkan Pakai Casing Ni Kalau Tak Nak Luka!

Suka Kencing Dalam Swimming Pool? Ewww No!