in ,

Rambut Kepam Sebab Getah Rambut

Sumber gambar: https://www.sheknows.com/health-and-wellness/articles/1104393/you-should-never-wear-a-hair-tie-on-your-wrist/

Alaaa, kan baru shampoo rambut pagi tadi… Tapi kenapa macam bau kepam lagi ni? Argh!

Selama ni korang mesti asyik fikir rambut berbau busuk sebab tak basuh rambut la, tak ganti anak tudungΒ or tudung basah. Tapi sebenarnya salah satu sebab yang main peranan jugak ialah getah rambut.

GETAH RAMBUT BASAH

Sumber gambar: https://www.wikihow.com/Style-Wet-Hair

Baru lepas basuh rambut lepas tu ikat rambut dengan alasan nak cepat bersiap, lagi-lagi hijabis dekat luar sana tu. Bila korang dah ikat rambut, confirm la getah ikat rambut tu akan basah juga. End up getah rambut korang berbau hapak dan busuk bercampur lagi dengan bau rambut yang lembab tu. Jangan amalkan ya sebab getah rambut tu yang akan buat rambut korang berbau.

GETAH LAMA

Sumber gambar: https://deskgram.net/explore/tags/kedaionlineaja

Selagi getah rambut tu tak putus, selagi tu la korang akan pakai getah yang sama tanpa rasa bersalah. No girls. At least korang kena ganti getah rambut tu dua bulan sekali. Jangan sampai getah tu dah lunyai atau putus then baru terhegeh-hegeh nak pergi kedai cari getah baru. Lagipun mesti getah tu dah berbau sebab korang pakai lama.

KUMAN

via GIPHY

Kita asyik bising tentang kuman dan bacteria dekat tangan je, tapi tahu tak actually dekat getah rambut pun ada banyak bacteria. Ada certain girls amalkan rendam getah rambut dalam air panas untuk bunuh kuman. Tapi takkan la asyik nak rendam je, lama-lama getah tu pun akan longgar.

IKAT GETAH KETAT

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/223913412693663890/?lp=true

Tak nak rambut ‘jatuh’ punya pasal, korang sanggup ikat ketat-ketat sampai dahi dah jadi macam traditional chinese warrior punya hairstyle! Dapat pula getah rambut tu ketat lagi, memang sedap la ‘tarik’ rambut. Tapi jangan amalkan ya sebab ia juga buat rambut jadi kepam sebab rambut korang tak dapat bernafas dengan baik. Bukan setakat kepala je sakit bila ikat ketat macam tu, dapat sekali pakej bau kepam..

So lepas ni make sure korang ambil berat tentang penjagaan getah rambut ya. Jangan selalu ingat rambut kepam tu sebab salah pakai produk or tak cuci rambut ya.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

PUBG Diharamkan, Apa Reaksi Korang? πŸ€”

Lucu! Netizen Terhibur Gelagat Seorang Bapa Pakai Tudung