in ,

Masa Paling Sesuai Trim Bulu Vagina!

Sumber Gambar: https://www.orami.co.id

Hai #Lunagirls! Ummi nak tanya korang satu soalan serious, berapa kerap korang trim bulu bahagian kemaluan? Eh.. jangan malu untuk bincangkan sebab ia sangat normal dan ini penting tau untuk kita belajar! Takpe, harini Ummi akan kongsikan timing yang sepatutnya kita ‘potong’ bulu tu!

BULU SEMAKIN TUMBUH

via GIPHY

Kadang-kadang ada setengah gadis tak suka shave sehingga licin sebab takut rasa gatal dan rasa nak mengaru. Tapi girls, kena buat tau walaupun dengan hanya trim je. Kalau panjang, ia akan merimaskan dan buat kemaluan kita mudah berbau… opss!!

JANGKITAN

via GIPHY

Jangkitan ni memang tak dapat dielakkan, bersih mana pun kita, mesti bakteria akan datang! Kalau terkena jangkitan, jangan shave sehingga licin okay. Trim sikit-sikit je, as long dapat meredakan infection dan dapat bagi kemaluan kita ‘bernafas’ sikit.. #Lunagirls jangan lupa untuk dapatkan rawatan selanjutnya daripada pakar okay?

HAMPIR DATANG BULAN

Sumber Gambar: https://www.wikihow.com

Ha! Girls check calendar bila tarikh korang bakal datang bulan? Kalau dua tiga hari lagi nak datang, cepat-cepat cukur bulu tu untuk tak rasa rimas bila period datang! Bila tengah period, kulit vagina agak sensitif dan waktu ini tidak digalakkan untuk mencukur.. Kemungkinan kulit akan merah dan keradangan agak tinggi sebab kulit bergesel dengan pad kita. Korang pun jadi tak selesa tau!

SELEPAS BERSENAM

via GIPHY

Kalau korang bersenam mesti ada satu hari rest day atau pun cheat day kan? Haa.. inilah masa yang tepat untuk manjakan diri dan cukur kemaluan kita! Kalau kita cukur sebelum bersenam, kulit kita akan jadi sensitive dan berpeluh. Bila bahagian kemaluan berpeluh, itu tak elok dan akan menyebabkan bakteria mudah membiak tau..

Terjawab tak persoalan bila waktu yang sesuai kita cukur bulu kemaluan? Satu pesanan Ummi, kalau boleh janganlah sesekali shave terus sehingga licin.. kita trim sikit je pun dah cukup untuk bagi keselesaan dekat korang dan vagina! So sekarang dah trim ke belum?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Semua Kasut Buat Sakit Kaki? Jadi Kaki Ayam Je Lah!

Tips Untuk Maintain Tudung Hijabis!!