in ,

Ramai Cair Bila NCT Nyanyi Lagu Cinta Luar Biasa

Macam mana agaknya ya bunyi kalau orang Korea menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu? Agak-agak ada bunyi pelat tak? Atau lagi sedap dan best?

Haa, jangan cakap yang korang belum lagi tengok video kumpulan K-Pop NCT nyanyi lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh Kamaleng di YouTube ya! Kalau belum, please pergi tengok sekarang sebab Ainaa daripada semalam asyik ulang lagu itu saja, hehe! Cair dengar oppa kita nyanyi tau..

Since kelmarin, telah viral video nyanyian dua orang ahli NCT iaitu Doyoung dan Haecha di YouTube dan Instagram. Ramai orang sangat teruja sebab tak sangka dalam banyak-banyak lagu, lagu asal nyanyian Andmesh Kamaleng jadi pilihan mereka. Maka dengan itu, ramai orang Indonesia dan Malaysia tumpang happy sebab lagu itu pun agak famous juga dekat sini.

Sampai hari ini, video tersebut dah trending YouTube di tangga yang ke-12 dan  telah mendapat sebanyak 2 juta kali tontonan! Dalam masa dua hari saja video itu dah viral dan ramai yang tinggalkan komen positive. Boleh dikatakan 90% komen dekat account NCT Music ialah dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Power ya korang, seronok betul bila idol nyanyi dalam bahasa Melayu.

weheartit.com

Tapi kebanyakan fans yang happy mestilah fans daripada Indonesia sebab Andmesh orang sana, so mereka rasa extra happy sebab ada artis Korea notice lagu dari negara mereka. Alaa, korang yang fans di Malaysia jangan pula sedih pula sebab kita dekat sini ada Han-byul? Dah banyak lagu Melayu yang Han-byul nyanyi waktu dia masuk salah satu program realiti nyanyian. So jangan nak gaduh-gaduh pula ya dengan kawan kita dari seberang.

Rasanya sekarang ini dah ramai artis Korea mula tertarik dengan muzik genre dari negara kita dan negara seberang ya. Maybe lepas ini makin ramai lagi penyanyi Korea yang akan cover lagu Melayu dan Indonesia betul tak? Korang rasa lepas ini siapa pula agaknya artis Korea yang akan ikut jejak langkah NCT?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Cikgu Tak Suka? Ini Korang Perlu Buat!

Bedak Baby Bantu Hilangkan Masalah Kaki Berbau!