in ,

Rain & Zico Jadi Mentor Untuk Artis Big Hit Entertainment Dan CJ ENM?

Sumber gambar: www.eonline.com

Nampaknya selepas ini akan ada nama-nama terkenal yang bakal digabungkan dalam reality show baru di Korea iaitu Mnet ‘I-LAND’. Antara yang sudah dipastikan kesahihannya adalah dua bintang K-Pop dari dua generasi iaitu Rain dan Zico dikhabarkan bakal jadi mentor dalam rancangan Mnet ‘I-LAND’ ini. Rancangan ini juga tidak silap akan mula bersiaran pada bulan Jun ini, dan sekaligus mereka berdua akan menjadi juri tetap dalam rancangan ini. Menurut Mnet juga, Rain dan Zico masih lagi dalam perbincangan dan Mnet ‘I-LAND’ ini juga merupakan projek gabungan pertama dari CJ ENM dan juga Big Hit Entertainment! Woah! Mesti lagi hebat bakat-bakat yang akan muncul dalam rancangan ini sebab dua nama besar di Korea ini yang buat projek baik macam ini kan! 

Sumber gambar: soompi

Melalui reality show Mnet ‘I-LAND’ ini, mereka akan melakukan perhatian sambil melihat proses bagaimana bakal K-Pop idol baru akan dilahirkan. Program ini juga akan menggabungkan kemampuan produksi kandungan dari CJ ENM dan ilmu memproduksi artis dari Big Hit Entertainment yang mana telah melahirkan nama besar K-Pop idol seperti BTS, Lee Hyun  dan TXT. Peserta dalam rancangan reality show Mnet ‘I-LAND’ ini juga akan bekerja seperti trainee dan bersaing antara satu sama lain bagi mendapat tempat ke peringkat seterusnya yang mana prosesnya lebih kurang sama seperti rancangan reality show sebelum ini. 

Sumber gambar: allkpop

Selain itu, produksi reality show Mnet ‘I-LAND’ ini juga mengumumkan bahawa pelakon Nam Goong Min juga akan turut bergabung di dalam rancangan ini dan akan berperanan sebagai storyteller yang akan menceritakan tentang kisah-kisah peserta Mnet ‘I-LAND’. Woah! Program ini mesti ditunggu-tunggu oleh ramai penonton kan? Sebab bukan calang-calang orang yang terlibat dalam rancangan ini dan semuanya memang nama-nama yang besar di Korea tau!

Sumber gambar: planet dp

Rain dan Zico juga dipercayai oleh banyak penonton dalam menjadi mentor dan juri kepada para peserta sebab mereka berdua adalah pemuzik yang hebat. Rain yang dikena sebagai multitalented K-Pop idol juga telah bertapak dalam industri hiburan selama 18 tahun, dia juga dikenali sebagai legend sebab tarian dan lagu-lagu dia yang dia cipta seperti Rainism, It’s Raining dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, Rain juga pernah mendidik boy group MBLAQ yang bernaung di bawah agensinya sebelum ini. Belum lagi termasuk drama dan filem yang dilakonkan oleh Rain sendiri seperti Full House, My Lovely Girl, Ninja Assasin, The Prince, Speed Racer dan banyak lagi. Mesti para peserta akan banyak belajar dari Rain ini kan! Bestnya! 

Sumber gambar: malay mail

Sementara itu, Zico juga tidak kurang hebatnya sebab dia sudah dikenali sebagai K-Pop idol dan rapper yang serba boleh sejak debut pada tahun 2011 bersama anggota boy group nya iaitu Block B. Zico juga merupakan salah seorang music producer dan komposer lagu yang terkenal dalam industri muzik di Korea dan sering berkolaborasi dengan ramai penyanyi hebat seperti IU, DEAN, Sam Kim, Oasis dan ramai lagi. Melalui rancangan ini juga Zico mungkin boleh membantu para peserta untuk cuba menjadi seorang musician yang berjaya dan mungkin satu hari para pelapis generasi akan datang ini pun sama hebat dalam mencipta lagu, betul tak? Jadi memang untuk sangat para peserta ini dan bayangkan kalau mereka bekerja keras sebab termotivasi dengan dua orang nama hebat ini kan?

Sumber gambar: korea times

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja dulu apa yang bakal terjadi kepada para peserta dalam rancangan Mnet ‘I-LAND’ ini pada bulan Jun nanti. Memang berdebar bukan? Hehe! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ahn Ji Young Bolbbalgan4 Dan Baekhyun EXO Bakal Berduet!

5 Jenis Cikgu Semasa Online Class, Cikgu Korang Macam Ini Tak?