in ,

‘Rahsia’ Spotify Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Sumber gambar: dustinthetin.tumblr.com

Girls, selalunya kalau korang nak dengar lagu dekat phone, platform apa yang korang gunakan? YouTube? JOOX Music? Telegram? Spotify atau lain-lain? Mengikut apa yang LUNARIA perasan, kebanyakan daripada kita lebih prefer untuk dengar lagu di Spotify sebab lagi mudah untuk dicari dan banyak lagu yang ada dekat dalamnya.

via GIPHY

Tapi sebenarnya Spotify bukan setakat tempat untuk dengar lagu layan perasaan sendu atau happy sahaja tau. Korang boleh juga dengar podcast. Tak dinafikan bahawa tidak semua podcast ada dekat Spotify, tapi ada banyak account yang mempunyai channel podcast mereka sendiri! Additional information, Spotify ini bukan saja setakat tempat untuk dengar lagu atau layan podcast sahaja tau, ada banyak lagi benda lain yang korang boleh buat. Antaranya ialah…

BUNYI ASMR

Sumber gambar: Hijabista

Korang suka dengar bunyi ASMR tak? Before this mesti korang dengar bunyi ASMR dekat YouTube sahaja betul tak? Sambil dengar bunyi ASMR, sambil tengok orang makan. That time kalau tak lapar pun terus jadi lapar.. After this, korang tak perlu dah tergoda dengan segala makanan dalam video ASMR sebab di Spotify, kita hanya dengar bunyi je, tak tengok gambar! Actually dekat Spotify ada bahagian yang dikhaskan untuk peminat ASMR. Korang hanya perlu tekan bahagian ‘Search’, kemudian pilih kategori ‘Sleep’ dan cari tajuk ‘ASMR Sound’. Sekali dengar confirm korang puas hati dan akan terus dengar hari-hari. Antara bunyi ASMR yang ada ialah bunyi melipat kertas, bunyi menulis atas kertas, bunyi hujan dan banyak lagi. Try search sekarang!

TIKET KONSERT

Sumber gambar: Lunaria

Biasanya kalau beli tiket, kita akan cari di website lepas itu berebut dengan orang lain sampai website crash. Lepas ini tak perlu susah-susah nak pergi cari website lain, cari tiket dekat Spotify pun boleh tau! No need to beratur dekat kaunter pembelian tiket, beli tiket sambil duduk depan TV pun boleh. At the same time, korang juga akan dapat tengok tarikh konsert yang lain. Caranya simple je, korang buka apps Spotify dan terus search ‘Concert’. Dekat situ banyak sangat list concert yang akan datang tak lama lagi. Once korang tekan je bahagian tiket, ia akan terus bawa korang ke website yang jual tiket konsert tersebut. Biasa kalau nak beli tiket kena search mana website official yang jual tiket.. This time just klik klik dan beli!

BUKU AUDIO

Sumber gambar: Hijabista

Bukan setakat itu saja, Spotify pun ada folder senarai audio yang mana ia menampilkan seleksi buku audio bermacam-macam jenis genre dan juga tajuk. Kebanyakan buku audio dekat dalam ini ialah dalam bahasa Inggeris. Kalau korang nak luangkan masa dengan dengar audio buku, ini ialah platform yang terbaik untuk korang. Ainaa pun baru tahu tentang buku audio, maybe lepas ini Ainaa akan survey untuk jadikan hobi baru?

BELAJAR BAHASA BARU

Sumber gambar: Hijabista

Teringin nak belajar bahasa baru? Nak tengok K-drama dengan lebih mudah tanpa perlu tengok subtitle? Tak payah pergi kelas tambahan belajar bahasa asing, belajar sambil tengok TV pun boleh je tau. Lagipun nak bayar kelas tambahan agak maha dan perlu minta parents hantarkan.. banyak hal pula. Dengan Spotify, korang boleh belajar bahasa asing tanpa keluarkan duit pun. Search je bahagian ‘Word’ dekat situ dan pilih bahasa-bahasa yang korang nak belajar. Antara bahasa asing yang ada dekat Spotify ialah Rusia, Irish, Chinese dan banyak lagi.

PRAKTIS MEDITASI

Sumber gambar: Hijabista

Korang tak rasa tenang? Hati rasa bergelora dan perlukan ketenangan dalam jiwa? Haaa, Spotify ialah pilihan paling terdekat untuk korang. Korang boleh dengar bunyi-bunyi yang menenangkan jiwa dan fikiran dimana-mana sahaja. Sebelum tidur ialah waktu yang sesuai untuk korang ‘layan’ bunyi ini. Hanya buka Spofity dan search je dekat bahagian ‘Wellness’ dan akan ada sebanyak lapan jenis bunyi yang sesuai dengan aktiviti yang korang nak. Antara bunyi ketenangan yang ada ialah nature sound, self love, exercise, yoga dan banyak lagi. Lepas ini tak perlu buka YouTube untuk dengar bunyi ketenangan.

Haa, banyak function Spotify bukan setakat dengar lagi… For those yang tak explore lagi, go now! Tak ada account Spotify? Create account sekarang sebab ia percuma tak perlu bayar pun!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Kenapa Kita Kena Cukur Bulu

Lagu Terbaik Sesuai Untuk Dengar Semasa Belajar