in ,

Rahsia Nak Nampak Cantik Dalam Video TikTok

Sumber gambar: www.pinterest.com/Kellymrnda

Tipu kalau sebelum nak post apa sahaja di media sosial korang tidak fikir langsung tentang rupa korang sama ada ia kelihatan bagus atau tidak. Kalau di TikTok, kadang-kadang kita cemburu sangat tengok post orang lain yang sentiasa nampak cantik dan kena sahaja video yang mereka edit dan bukan setakat itu sahaja, siap dapat banyak perhatian, like dan komen. Okay, jadi untuk korang yang suka sangat main TikTok dan nak sentiasa nampak cantik, jom cuba rahsia yang akan kami kongsi dengan korang! Mana tahu lepas ini boleh dapat banyak followers sebab semakin on point!

BEAUTY FILTER

@nereal.barbozaSimple TIPS.##tutourial ##trick ##hack ##fyp ##glitch ##filter ##tips ##basic♬ Can We Kiss Forever? – Kina feat. Adriana Proenza

Untuk sesetengah orang, mereka memang suka menggunakan beauty filter yang mana kalau korang letak dan adjust sikit di kamera phone korang ia akan buatkan muka korang nampak kecil, bibir merah mungil, lebih cerah dan lain-lain. Korang nak muka ala orang Korea pun boleh tau! Ha! Jadi, korang cuba lah godek sikit beauty filter di Tiktok itu sampai ada yang kena dan sesuai dengan muka korang. 

FILTER

@anggiewildignore me, but pls don’t ignore this filter🥰##BetterDiRumahAja ##samasamadirumah ##foryoupage ##fyp ##fyoupage ##xyzbca ##xyz ##filtertips♬ original sound – emileeflood

Selain itu, korang juga boleh pilih mana-mana filter yang sesuai dan menarik untuk video Tiktok korang. Kan memang ada banyak sangat seperti F1, F2, F3, G6, S5, dan banyak lagi. Di situ, korang boleh juga cuba macam-macam seperti yang orang selalu buat kebelakangan ini nak check warna sebenar mata korang ke, check skin condition muka korang ke dan banyak lagi. Cuba sahaja dengan semua filter, mana tahu kalau korang jumpa filter yang menarik, korang boleh buat satu trend baru di Tiktok.

BLING EFFECT

@phoenixxxx07I’m ceo if the bling effect ##foryou ##fyp ##foryoupage ##bling♬ Cyber s3x by doja cat slowed down – spider.webbb

Seterusnya, sekarang ini kan memang ramai yang suka dengan video yang lebih nampak aesthetic? Jadi, cuba korang masukkan sekali bling effect pada video korang? Antara video yang sesuai dengan bling effect ini boleh jadi seperti video korang shopping ke, make up ke, #OOTD ke dan banyak lagi tau! Eh jangan pula kalau korang buat video kelakar dan masukkan bling effect ni pula tau! Memang akan nampak pelik dimata sesetengah pihak.

CAMERA FLASH

@captainmori##btsarmyforever Am I wrong? ##bts ##army ##kpop ##asianboy ##foryou ##fyp ##btsarmy ##btsbias♬ let me show what you’re missing – jadejurgenss

Jika korang buat video pada waktu siang, tak perlu pun nak gunakan camera flash tetapi kalau korang buat video dalam cuaca redup dan petang ke atas. Korang boleh turn on kan sekali camera flash korang. Ala, kan sekarang depan belakang kamera dah ada flash? Jadi, korang gunakan sahaja camera flash dan tak akan lah selalu guna flash sebagai torchlight saja kan? Huhu!

Selepas ini, korang bolehlah cuba semua tips ini kalau nak nampak cantik di setiap posting Tiktok korang. Apa yang penting selain semua ini juga adalah camera angle, lighting dan lain-lain pun memainkan peranan tau! Kalau salah buat memang video korang nak masukkan sekali dengan filter, effect dan lain-lain itu boleh jadi tidak kena dan nampak pelik dimata orang yang menonton video korang. Senang cerita, kalau korang kreatif di Tiktok, mesti ramai yang akan follow dan suka korang. Haha! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BLACKPINK Buat Comeback! BLINKS Dah Ready?

Eyka Farhana Muncul Dalam Drama Pretty Little Liars