in ,

Rahsia Nak Jadi Pelajar Pemalas Tapi Pandai!

Sumber gambar: twitter.com/_amirhakim

Woah! Bestnya jadi macam Haaziq tu! Tengok dia jarang belajar tapi selalu dapat result yang gempak saja!

Ha! Korang mesti ada kawan dalam kelas yang macam itu kan? Nampak macam pemalas, tak suka belajar tapi selalu dapat keputusan akademik yang cemerlang dan buatkan ramai orang yang cemburu dengan hal itu. Eh? Macam mana korang tahu dia tak belajar langsung? Dan tiba-tiba dapat keputusan cemerlang itu? Sebenarnya, mereka ada juga belajar tapi cara mereka memang lain dari yang lain okay. Kami pun boleh share beberapa tips untuk korang yang nak jadi pelajar yang nampak saja “pemalas” tapi pandai dalam masa yang sama.

TONTON PENJELASAN SUBJEK

via GIPHY

Korang mesti selalu dengan phone korang kan bila duduk rumah ke, tengah keluar dengan kawan ke dan lain-lain. Jadi bila tengah bosan-bosan itu daripada korang asyik scroll up and down media sosial korang tengok benda ulang-ulang. Apa kata kalau korang buka Youtube dan tonton beberapa video yang ada kena mengena dengan subjek yang korang belajar di sekolah. Secara tak langsung korang dapat fahamkan lagi apa yang cikgu dah ajar, betul tak?

FOKUS PADA GURU

via GIPHY

Dalam kelas, kalau boleh fokus 100% pada apa yang cikgu korang cakap dan sampaikan. Kalau tak faham, korang tanya terus pada cikgu korang. Cuba kalau korang tanya beberapa kawan korang yang pandai. Antara jawapan mereka akan bagi untuk tips belajar, mesti fokus dalam kelas. Memang menjadi tau! Sebab kebanyakan apa yang cikgu ajar itu mesti akan keluar dalam ujian dan peperiksaan.

MAIN BRAIN GAMES

via GIPHY

Sekali-sekala korang install and download lah beberapa brain games yang ada dalam phone korang itu. Antara yang korang boleh main adalah seperti math riddles, teka-teka silang, kuiz, brain out dan banyak lagi tau! Main brain game pun sebenarnya banyak membantu korang untuk jadi lebih bijak dalam belajar.

BUAT LATIHAN SOALAN

via GIPHY

Jangan lupa juga untuk sentiasa buat latihan soalan-soalan. Eh! Bukan di buku itu sebab korang boleh sahaja cuba cari soalan-soalan yang berkaitan dengan subjek yang korang belajar secara online dan random di mana-mana laman web yang sediakan soalan-soalan berkaitan akademik. Kebanyakan blog atau laman web guru sekolah yang wujud itu mesti ada. Bak kata orang, practice makes perfect kan? Jadi, korang cuba lah buat latihan soalan itu dalam lima minit sehari pun sudah memadai.

Siapa yang cakap mereka ini tak belajar langsung? Ini antara contoh bagaimana pelajar pemalas jadi pandai tau! Mereka ada cara mereka tersendiri untuk belajar dan apa yang paling penting adalah bila korang fokus cikgu mengajar di hadapan. Ada juga orang yang wajib belajar sehari 30 minit, ada juga yang perlu tidur sebelum belajar dan banyak lagi cara yang kreatif korang boleh buat untuk belajar supaya dapat keputusan yang terbaik dalam akademik.

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Fokus dot cg mostly tk kut sbb kerja tido je dlm kls. But bila Ada Masa terluang,suka sangat buat nota ii kecik . Lagi ii subject fakta. Sambil buat sambil paham. While tido dlm kls. Dengar Tak dengar je cg cakap.tpi bila ada something perlu Tanya, take a note lps cg nk [email protected] time dah dekat nak balik skolah.

Leave a Reply to Adriennekim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Menarik Tayangan Semula Sempena Ramadan 2020

Menanti Hari, Ariff Bahran Bakal Release Single Baru