in ,

Rahsia Kecantikan Son Ye-Jin Kalahkan Lisa BLACKPINK

Sumber gambar: Preview

Whatt? Lisa kalah untuk anugerah ‘Wanita Tercantik Di Dunia’ untuk tahun 2020? Siapa yang berjaya kalahkan Lisa BLACKPINK?

Siapa sangka rupa-rupanya pelakon utama bagi drama sebutan ramai, Crash Landing On You iaitu Son Ye Jin berjaya dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Di Dunia! Dengan paras rupanya yang manis membuatkan dia mendapat perhatian ramai walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun. Sebanyak 14 juta undian berjaya dikutip oleh pelakon Korea Selatan itu.

Pencalonan bagi kategori tersebut telah dibuka untuk semua wanita dari seluruh dunia berusia 20 sehingga 40 tahun. Maksudnya kita dekat Malaysia pun ada peluang untuk join sekali la ya? Hehe! Tapi risau kalah tanda bertanding je sebab kena bersaing dengan ramai bintang Kpop dan selebriti lain seluruh dunia.

Untuk pengetahuan korang, kemenangan yang diperoleh oleh Son Ye Jin itu bukanlah hanya dinilai melalui paras rupa sahaja tetapi daya tarikan yang ada pada dirinya. Mesti korang nak tahu apa agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan oleh Ye Jin ni kan? Jom tengok sikit rahsia dia, mana tahu korang pun boleh ikut juga tips ni.

Why was Crash Landing on You such a huge hit? 5 reasons why Son Ye ...
Sumber gambar: SCMP

MINUM AIR MASAK

Son Ye Jin | Daily K Pop News
Sumber gambar: Dkpopnews

Kita ni daripada kecil suka sangat minum air manis, macam mana nak cantik kalau asyik minum air manis dan kurang minum air masak? Ye Jin selalu mengamalkan minum air masak sejurus bangun tidur dan jadikan air itu sebagi BFF yang dibawa ke mana sahaja. Korang boleh letak air masak dalam botol dekat dalam bilik tu so that nanti bangun tidur boleh terus minum air.

SELALU BERSIHKAN WAJAH

Crash Landing on You star Son Ye-jin: 5 things to know about ...
Sumber gambar: SCMP

Amalkan sikap ‘wajib cuci muka bila nak tidur’ sebelum korang terus menuju ke katil. Biasa la kalau dah dapat baring dekat katil memang tak ingat nak cuci muka kan? Bila dah seharian pakai makeup dan berada dekat luar, kekotoran akan melekat pada muka kita. Menurut bintang kelahiran Daegun ini, walaupun dia sering pulang lewat ke rumah, dia tidak akan sesekali melengahkan waktu untuk membersihkan muka setiap kali sebelum tidur. Dia juga rajin pakai mask tau, kena rajin sikit la apply mask tu ya.

RAWATAN KULIT

18 years have passed, "Pretty noona" Son Ye Jin still remains the ...
Sumber gambar: Youtube

Sekali sekala Ye Jin akan membuat rawatan wajah supaya kulitnya kekal maintain dan pengaliran darah di wajah dapat berjalan dengan lancar. Disebabkan dia memiliki kulit wajah yang agak kering, Ye Jin tidak akan selalu membuat 10 langkah perawatan kulit kerana itu akan membuatkan kulitnya bertambah kering. Daripada 10 langkah itu, dia hanya akan lakukan dalam dua atau tiga langkah sahaja. Selebihnya dia abaikan sahaja tetapi itu semua bergantung kepada jenis kulit kita juga ya.

 

Sumber gambar: Pinterest

Macam yang korang tahu, pada tahun lepas Lisa Blackpink telah menyandang gelaran Wanita Tercantik Di Asia untuk tahun 2019. Dikatakan tahun ini Lisa nyaris bergelar Wanita Tercantik Di Dunia tetapi undiannya ketinggalan agak tipis berbanding Ye Jin. Selain Lisa, Ye Jin juga berjaya mengalahkan Tyuzu Twice serta Urassaya Sperbund dari Thailand.

Nampaknya drama Crash Landing On You itu benar-benar membawa tuah kepada wanita cantik ini yang mana sekali gus mengangkat dirinya sebagai pelakon terbaik buat drama tersebut. Bagi Ainaa mungkin disebabkan cara dia menghayati watak dan bagaimana dia melakonkan dengan sebaiknya supaya mesej yang ingin disampaikan itu berjaya menambat hati penonton.

View this post on Instagram

행복한 추석보내세요!!💕

A post shared by 손예진 (@yejinhand) on

Agak-agak tahun depan siapa pula yang akan menang gelaran ni? Sebagai peminat Lisa, Ainaa harap #MekSiam akan menang tahun depan so kita boleh kenduri tomyam! Hehe gurau je

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Soalan #ASKME Paling Kerap Di Tanya Di Instagram @Lunariamy

Music Show Favourite Peminat K-Pop, Korang Suka Yang Mana?