in ,

Radiasi Phone Bukan Biasa-Biasa! 😱😱

Sumber Gambar: https://www.technobuffalo.com

via GIPHY

Hai #Lunagirls! Korang tahu tak phone mempunyai radiasi electromagnetic yang boleh membahayakan kesihatan kita dari segi mental dan fizikal? Walaupun ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang tidur dengan phone kan? Haha! Ummi pun kadang-kadang macam tu! #Opss Kalini Ummi nak ajak korang berubah.. so let me share cara untuk kurangkan radiasi phone!

PAKAI EARPHONE

via GIPHY

Ha! Bila ada orang call atau nak call orang, kita perlulah jauhkan phone jauh dari telinga kita! Tapi kalau jauh nanti mana dengarkan? Ha! #Lunagirls gunalah earphone atau pun loudspeaker! Sebab masa bercakap menggunakan phone, radiasi itu akan berada di sekitar kita.. Kita kena ambil jarak lebih kurang dua inci untuk kurangkan kesan radiasi elektromagnetik itu okay? Tapi untuk yang suka dengar lagu sambil guna earphone tu okay je.. Hihi! Korang selalu dengar lagu apa? Jangan lupa layan Playlists Hot X tau.. ada pelbagai jenis pilihan menarik!

TIDUR DENGAN PHONE

Sumber Gambar: https://www.express.co.uk

Ha! Nak mengaku tak? Boleh je nak tidur dengan phone.. tapi ada syaratnya girls! Korang kena turn off “mobile data”, WiFi, Bluetooth dan sebagainya! Kalau boleh turn on airplane terus.. Jadi tidur korang takkan lagi terganggu dengan bunyi notificationcall, WhatsApp.. tapi akan terganggu dengan jeritan alarm kejut bangun sekolah je! Hihi!

JANGAN PAKAI DALAM KERETA

via GIPHY

Terkejutkan? Tapi itulah hakikatnya.. lift, kereta api dan juga kapal terbang adalah barang yang diperbuat daripada logam! Kalau nak tahu logam ni boleh memantulkan gelombang disekitarnya, dan bila berjumpa dengan radiasi ia akan meningkatkan lagi jumlah radiasi itu. Argh! Takutkan dengar?

JAGA JARAK MATA

Sumber Gambar: https://health.spectator.co.uk

Macam Ummi bagitahu tadi, jarakkan phone lebih kurang dua inci dari badan ketika bercakap. Begitu juga, korang harus menjauhkan mata dari screen phone! Ini kerana cahaya phone akan buat kita silau, yang boleh menyebabkan luka di cornea mata, otot mata dan merosakkan otak! Lagi bahaya tau kalau kita suka main phone dalam gelap.. kesian mata kita!

JAGA ORGAN BADAN

via GIPHY

Selalunya kita suka letak phone dekat pocket belakang, tapi girls better dari sekarang jangan buat lagi tau. Sebab radiasi phone itu akan merosakkan organ dalaman kita yang penting! Lebih lagi di bahagian organ reproductive system! Ia menyerap radiasi lebih tinggi daripada bahagian badan kita yang lain..

Kalau nak sentiasa sihat dan dapatkan tidur yang lebih nyenyak, jangan lupa ikut tips Ummi ni. tau! Senang je, tak susah pun kan? Jangan nanti dah sakit, baru nak jarakkan diri dari phone.. Lagi-lagi mata! Kita nak pakai lama tau #Lunagirls..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perempuan Pun Boleh Wakil Sukan Tarik Tali!

HELP! Apa Nak Buat BFF Di Serang Asma?!