in ,

Puteri Balqis Jual Buku Puisi, Gigih Teruskan Hidup

Sumber gambar: Instagram.com/rockingbalqis

Nama Puteri Balqis maybe tak asing lagi bagi kita semua. Pelakon cilik yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Before this wajah Puteri Balqis selalu terpampang dalam drama tempatan. Tapi out of sudden dia hilang daripada industri hiburan sampai buatkan ramai fans tertanya-tanya.

Selama Puteri Balqis menyepi, rupa-rupanya dia menghidap penyakit kronik di bahagian hati. Besar ujian buat Balqis yang baru berusia 13 tahun ni. Sebelum ni, Balqis pernah memenangi banyak anugerah, antara paling besar ialah bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skin 2014 yang mana ketika tu dia berlakon menerusi drama Balqis.

Since disahkan mengalami penyakit kronik berkaitan hati, Balqis berehat sekejap daripada dunia lakonan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tahap kesihatan diri dia. Balqis perlu dapatkan rawatan yang kerap dekat hospital dan dia memerlukan duit yang banyak untuk menanggung kos rawatan.

Baru-baru ni Balqis dilihat telah menjadi salah seorang tetamu jemputan dalam rancangan Bersamamu yang mana waktu tu sangat mengejutkan ramai orang. Ye la, macam yang kita tahu, Bersamamu ialah program untuk membantu golongan susah untuk meneruskan hidup. Maksudnya kalau Balqis dah masuk ke dalam program tu, barangkali dia pun memerlukan sedikit bantuan untuk menanggung bil rawatan penyakitnya. Perubahan yang berlaku kepada Balqis ni sangat drastik sebab semuanya memang mengejutkan!

Dikatakan Balqis terpaksa mengikat perut selama tiga hari sebab tak cukup duit untuk meneruskan hidup. Kata Balqis, apa yang terjadi ni dia anggap sebagai ujian yang mana Allah tak mahu dia terus lupa diri waktu tengah dalam kesenangan.

Sekarang, Balqis sedang giat menjual buku puisi hasil tulisannya berjudul ’38 Poem of Puteri Balqis’ dekat sekitar Kuala Lumpur bersama dengan ibunya. Pelakon cilik tu masih lagi gagah untuk bekerja demi menanggung kos rawatan dan juga meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut ibu Balqis sendiri, Norashikin Mohd Aziz, Balqis dah mula jatuh sakit sejak tahun 2018 yang mana waktu tu dia diserang asma yang sangat teruk. At the same time, Balqis juga muntah darah sebanyak empat hingga lima kali dalam masa sehari. Kesiannya sampai macam tu sekali dia terpaksa hadapi.

Actually dah lama sebenarnya Balqis jual buku puisi, kalau korang follow Instagram dia memang korang tahu. Tapi baru-baru ni aktiviti jualan amal dia diketahui oleh umum sehingga mendapat perhatian ramai. Tapi bagus la bila ramai dah tahu masalah Balqis ni, at least ramai dapat bantu meringankan beban dia sekeluarga. Boleh jadi after this dia mula berlakon semula.

Tapi dalam kesedihan hidup yang melanda Balqis ni, masih ada lagi netizen yang tak bertanggungjawab seakan-akan tak menghormati perasaan Balqis. Ada yang mempersoalkan di mana ibubapa Balqis di saat dia memerlukan duit, adakah parents dia tak bekerja? At the same time ada juga mempersoalkan kenapa Balqis tak bersekolah dan ‘merayau’ dekat kota Kuala Lumpur untuk menjual buku puisi dia. Rasanya kita sebagai orang luar yang tak tahu kisah dalaman mereka sekeluarga, baik tak payah cakap apa-apa. Just doakan yang terbaik je buat kesihatan Balqis.

Sama-sama kita doakan semoga semua urusan jualan buku puisi Balqis ni dipermudahkan dan mungkin lepas ni Balqis dapat berlakon semula sebab dia memang mempunyai bakat yang besar!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

EXO Chen Umum Nak Kahwin Sebab Tunang Dah Hamil?!

Idea Style Tudung Untuk ‘Dating’