in ,

Punca Utama Period Tidak Teratur

Sumber gambar: marieclaire.com.au

Ish pelik betullah! Bulan September hari itu datang awal bulan, Oktober tengah bulan, November pula dia tak datang. Peliklah! Ke period saya seorang je tak teratur… hmm

Period adalah satu perkara yang biasa untuk perempuan dan kita memang akan selalu ambil berat tentang hal period kita dari setiap inci sakit, tarikh datang haid dan lain-lain hal lagi, betul tak? Kalau period kejap datang, kejap tidak lepas itu sikit-sikit sahaja memang boleh buat kita semua risau kan?  Okay, kalau korang curious jom kita tengok apa sahaja punca utama period kita tidak teratur. Jadi nanti bolehlah korang tahu apa masalah korang dan prepare jumpa pakar atau doktor.

STRESS

Sumber gambar: Family Doctor

Tekanan adalah perkara utama yang menyebabkan period korang tidak teratur. Oleh sebab itu, korang perlu jaga tahap stress korang sebab kadang-kadang ia boleh lambat atau cepatkan period korang. Perkara ini pun adalah sangat normal berlaku dan kalau terlambat atau terawal satu, dua dan tiga hari itu normal saja dan tiada masalah pun. Jadi, jangan risau okay

DIET

Sumber gambar: Coach

Perempuan selalu diet kan? Jadi kalau korang tengah buat salah satu diet atau badan korang masih dalam proses baru nak adaptasi dengan diet, jangan pelik kalau period korang tidak teratur. Itu disebabkan hormone badan kita lain-lain dan ia tergantung dengan pemakanan, gaya hidup dan banyak lagi faktor.

UBAT-UBATAN

Sumber gambar: Astro Awani

Kalau korang memang sedang bergantung dengan ubat-ubatan atau ambil sebarang supplements, ini pun mungkin boleh jadi salah satu faktor utama kenapa period korang boleh jadi tidak teratur. Kalau period korang selalu tidak teratur dengan kerap, korang berhenti makan ubat itu dan jumpa doktor dan pakar, bawa sekali ubat-ubatan atau supplements sebab mereka boleh check-kan sekali apa yang tak kena dengan ubat atau supplements korang.

MASALAH KESIHATAN

Sumber gambar: Free Malaysia Today

Antara sebab kenapa doktor selalu pesan jaga kesihatan adalag supaya badan korang sentiasa sihat jadi sistem perjalanan darah, hormon, jantung, hati dan lain-lain pun akan jadi lebih baik. Kalau semuanya sihat dan tiada masalah, maka tempoh kitaran hari dan tarikh haid korang pun akan teratur. Korang pun kalau ada masalah kesihatan, cepat-cepat jumpa doktor ya! 

MENOPAUSE

Sumber gambar: health line

Biasanya yang ini akan terjadi kepada orang yang sudah hampir berusia sahaja tapi manalah tahu korang terkena menopause lebih awal dari usia, korang jumpa doktor dan tanya dulu. Haha! Dengar macam kelakar tapi ada yang ada masalah seperti tau! Jangan ambil tidak serius dan refer doktor okay!

Jadi selepas ini, kalau korang ada salah satu masalah ini berlaku pada diri korang dan ianya lebih dari tiga bulan sebaiknya korang jumpa terus doktor atau pakar. Jika korang seorang yang terlalu risau, korang jumpa terus doktor okay! Jangan tunggu lama-lama sebab doktor lebih tahu dari kita semua. Jangan tanya kawan atau keluarga tentang masalah korang dan jangan terlalu bergantung dengan internet ya! Jumpa doktor dan pakar adalah jalan yang terbaik untuk tahu apa punca masalah period korang.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Anak Selebriti Jadi Influencer, No. 4 Paling Best!

Makanan Malaysia Yang Artis Kpop Suka