in ,

Punca Sebenar Kita Ada Double Chin

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduh geramnya tengok double chin… Nak pakai shawl gaya loose pun tak boleh sebab nampak dagu terlebih. Urghh!

Management of Cervicofacial Fat | Plastic Surgery Key
Sumber gambar: Plasticsurgerykey

Ada tak orang yang happy ada double chin? Rasanya tak ada yang suka pun bila ada double chin ini, termasuk Ainaa sendiri. Tapi dulu beria teringin nak ada double chin tapi sekarang bila dah ada rasa menyesal jugak ya, itu yang asyik sibuk cari cara untuk hilangkan double chin. Untuk pengetahuan korang double chin tak semestinya disebabkan faktor berat badan, ada faktor lain yang mendorong perkara tersebut antaranya ialah…

GENETIK

Double Chin' Bukan Sahaja Faktor Berat Badan, Semak 4 Faktor Lain Dan Cara Atasinya - Hijabista
Sumber gambar: Therohani

Ada sesetengah orang memiliki genetik keluarga so tak mustahil kalau parents korang ada double chin, boleh jadi korang pun ada sekali. Tapi tak bermaksud ia ‘wajib’ dapat kepada korang, boleh jadi korang ada dan boleh jadi korang tak mewarisi genetik tersebut. Ada caranya untuk lenyapkan double chin korang, di bawah kami share beberapa tips untuk korang.

POSTUR TUBUH

@lunariamyHm betul ke korang ada double chin? Maybe boleh try ni ##beauty ##lifehacks ##tiktokmalaysia ##foryourpage ##fyp♬ You dont have a double chin – bondenavant

Postur tubuh kita memainkan peranan yang penting sebab ia menentukan kedudukan wajah dan bentuk badan kita. Let say korang tengah tengok TV, mesti korang akan duduk dalam keadaan malas betul tak? Sebenarnya perkara itu boleh membuatkan postur badan korang berada dalam posisi yang tidak sepatutnya iaitu membongkok. Ia juga membentuk double chin yang tidak diundang dan membuatkan leher korang rasa sakit sehingga menyebabkan kurang anjal pada bahagian rahang hingga leher menjadi kendur.

FAKTOR USIA

Double chin Memes
Sumber gambar: Memesmonkey

Bila usia makin bertambah, kulit pun akan jadi kendur, sama juga kulit di bahagian bawah dagu sehingga menyebabkan terbentuknya double chin. Biasanya pada usia 20-an jumlah kolagen di dalam badan kita akan berkurangan dan itu yang menyebabkan kulit jadi kurang anjal. Untuk elakkan perkara ini terjadi in future, make sure jaga muka daripada sekarang okay guys.

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Jangan risau sebab Ainaa pun akan kongsikan kepada korang cara untuk kita usir double chin kitai jauh-jauh. Lepas ni confirm dah tak ada masalah kalau nak pakai shawl gaya loose sebab dagu dah jadi runcing. Cuma kena consistent guna cara ini ya.

DIET 

via GIPHY

In case double chin korang terbentuk disebabkan berat badan, diet merupakan salah satu cara terbaik untuk mengurangkan dan menghilangkannya. Ada orang rasa dia tak perlu diet sebab badan dah maintain, so dia diet hanya untuk buang double chin. Tapi nak atau tak nak korang tetap kena diet juga cuma dengan mengamalkan makanan sihat sahaja iaitu dengan makan makanan seperti:

  • Elakkan makanan proses
  • Kurangkan makan makanan goreng
  • Bataskan pengambilan gula

SENAMAN WAJAH

Okay kalau korang tak nak diet, korang boleh pilih untuk lakukan senaman wajah. Tak perlu sekat pemakanan korang, tak perlu tahan nafsu makan asalkan buat senaman wajah. Senaman ini bagus untuk kuatkan rahang, leher serta tisu penghubung yang mampu untuk mengurangkan double chin kita. Korang hanya perlu luangkan masa selama beberapa minit sahaja untuk senaman ini.

  • Tarik kepala dan hadapkan wajah ke arah atas
  • Muncungkan bibir ke atas dan lakukan regangan sehingga bawah dagu. Pastikan korang rasa tegang dekat bahagian leher
  • Lakukan sekurang-kurangnya lima minit sehari

So korang nak pilih yang mana satu? Diet atau senaman? Kalau Ainaa better pilih senaman sebab sayang nak tahan makan makanan favorite, LOL! Korang boleh juga beli alat bantuan untuk kecilkan dagu, banyak jual di kedai. Ainaa pun ada je, tapi itulah… MALAS MENGUASAI DIRI KU!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Aktiviti Best Bersama BFF Selepas #DudukRumah

Tips Untuk Tidur Lebih Awal dan Pantas!