in , ,

PUBG Jatuh Rating, Sebab…

Sumber Gambar: https://www.polygon.com

Sepanjang 2018 ni banyak game moba yang mengemparkan industri e-sport, paling popular adalah Mobile Legend (ML) dan PUBG. Fuh! Berlumba-lumba orang nak kejar rank, tapi korang nak tahu tak disebalik dua game ni ada juga game lain yang popular pada 2018. Nak tahu apa, marilah LUNARIA senaraikan beberapa.

 

ARENA OF VALOR (AOV)

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Pesaing terbesar Mobile Legend (ML) dengan memiliki feature permainan yang sama kecuali nama hero dan skill yang berbeza. Tapi dikatakan Mobile Legend (ML) mempunyai grafik yang lebih baik, betul ke #Lunagirls comment sikit siapa yang main AOV ni.

RULES OF SURVIVE

Sumber Game: https://www.bluestacks.com

Ros ni pula game battle royal sama seperti PUBG, tidak banyak yang membezakannya pun kecuali grafik PUBG dibuat sama seperti game dekat PC tapi game play ROS lebih senang sebab korang dapat auto aim sekiranya ingin menembak tidak seperti PUBG. Eh! Kalau cerita sampai esok pun tak habis hihi.

GERENA FREE FIRE

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Free Fire atau lebih dikenali dengan FF, game online macam PUBG dan ROS. Mencapai jumlah rating 4.6 dan sebanyak 14,6 juta pengikut membuatkan game ni popular di 2018 tapi sayang ia masih tidak dapat mengalahkan PUBG. Tapi bagi yang ingin mencuba why not, mana tahu bestkan?

FORTNITE

Sumber Gambar: https://www.androidcentral.com

Siapa suka main game battle royal yang bergrafikkan kartun, ha! korang boleh lah download fortnite. Kalau PUBG kita banyak main menggunakan senjata api tapi fortnite korang boleh lawan menggunakan pedang dan ada beberapa magic yang boleh digunakan. Quite fun #Lunagirls.

CLASH OF CLANS

Sumber Gambar: https://www.xyztimes.com

Pernah menjadi popular seketika dulu, kini clash of clans kembali menjadi popular di 2018. Sebuah game yang mempunyai strategi dengan membangunkan kota, mengembangkan empire korang dan berperang demi kuasa. Game yang sangat fun dan mudah untuk dikendalikan.

 

Korang rasa antara lima ni mana game yang menarik ye? kalau korang memang kaki game mesti dah cubakan semua ni, apa lagi kongsi lah dengan LUNARIA dan mana yang paling best. LUNARIA akan happy if dapat feedback dari #Lunagirls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Air Kencing Warna Kuning? Oren? Hijau? Eeew!

Aktiviti Hujung Tahun Dengan Family? Wahh Bestnya!