in ,

PUBG Diharamkan, Apa Reaksi Korang? 🤔

Sumber Gambar: https://mojok.co

via GIPHY

#Lunagirls, korang tahu tak lepas “Tragedi solat Jumaat” yang berlaku di New Zealand bulan lepas, ramai orang yang menentang PUBG, katanya PUBG mengandungi kekerasan yang membuatkan sesiapa yang main game tu akan jadi pengganas. Hmm, apa pendapat korang, walaupun masih belum di confirm tapi patut ke PUBG dan beberapa game di bawah ni diharamkan?

FREE FIRE

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Game ni yang paling awal tersenarai untuk diharamkan. Sebabnya, ia dikatakan penuh kekerasan seperti tembak menembak dan pukul memukul pihak lawan. Menurut Berita Harian, Mufti Negeri Sembilan gesa game ni untuk diharamkan, sebab baginya permainan ni berunsur keganasan yang boleh merosakkan minda. Tapi apa makna game Battle Royale, kalau tak ada semua ni? Ia akan menjadi ‘Battle Boring’ #UmmiKelakar

COUNTER-STRIKE

via GIPHY

Dalam CS: GO ni, korang boleh pilih sama ada nak jadi pihak berkuasa ataupun terrorist. Tugas terrorist ni meletakkan bom di bangunan dan menembak pihak berkuasa. Disebabkan unsur macam ni, CS:GO juga akan menjadi salah satu game yang diharamkan walaupun game ni dah lama dikeluarkan. Macam mana geng CS, korang okay tak?

CALL OF DUTY

Sumber Gambar: https://store.steampowered.com

Game ni pernah di banned di Russia, mengikut article yang dikeluarkan pada 2009, Russia mengharamkan permainan ni sebab ada controversial scene berlaku di airport Russia. Diorang menganggap scene ni ganas dan memburukkan Russia. Tapi, kes ni tak menghalang orang lain dari terus bermain game yang berunsurkan perang dan pembunuhan..

WWE

via GIPHY

WWE ataupun World Wrestling Entertainment, semua orang mesti tahu kan. Game ni sangat agresif, walaupun menggunakan physical je, tapi dari apa yang kita tengok mungkin boleh mempengaruhi minda. So kita tak boleh la haramkan game WWE je, tapi show WWE pun kena  juga, sebab show lebih violence and sometimes ada real blood daripada game..

MOBILE LEGENDS

Sumber gambar http://mlbb.over-blog.com/2018/03/7-simple-tips-to-play-mobile-legends-for-newbie-compulsory-beginners.html

Dah kenapa ML tersenarai dalam game yang diharamkan? ML ni tak ada pun berunsurkan keganasan. Game ni hanya pasal kisah fantasi yang berlawan dengan alien.The reason why nak diharamkan, sebab tak nak orang menghabiskan masa hanya untuk main game which is tak semua orang macam tu kan.. Korang rasa patut ke permainan ni di banned, girls?

Erm! Kalau game dekat atas ni diharamkan, game apa lah nak main, ada lagi ke game best yang sama macam ni? Erm! Jangan sedih girls, semua ni masih dalam kajian. Hopefully tak la betul- betul banned.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Keluar Outing Ke Dating Ni?

Rambut Kepam Sebab Getah Rambut