in ,

Puasa Tapi Mengeluh? Hm! Buka Puasa Jelah…

Sumber Gambar: https://www.livescience.com

“Hm! Dah pukul 12 patut la perut start berbunyi krok…krok.”

Bila perut dah berbunyi ni rasa tak syok nak buat kerja, mula la terbayang-bayang makanan berbuka nanti. Haip! Tak elok macam tu. Jom! Kekal aktif dan bertenaga sepanjang masa dengan tips Ummi bagi ni.

MAKAN OAT

Sumber gambar: https://beritagar.id/artikel/gaya-hidup/manfaat-oatmeal-untuk-kecantikan-kulit

Oat ni bukan saja baik untuk jantung dan mengurangkan kolestrol kita, tapi ia juga mampu untuk buat kita kekal bertenaga dan kenyang sepanjang hari. So tak la korang rasa lemah je. Cara nak buat pun senang, korang boleh sediakan awal, so that bila nak sahur tinggal makan je. Campurkan oat, buah kurma, madu, dan susu segar dalam satu bekas dan tinggalkan semalaman dalam peti ais. Kalau nak tambah buah-buah macam strawberry, kismis dan lain-lain pun boleh, ikut kesukaan korang. Senang je kan?

SIBUKKAN DIRI

Sumber Gambar: https://www.parentmap.com

Bila dah teringat makanan, jangan korang scroll gambar makanan pulak. Itu menyiksa diri namanya! Apa yang korang perlu buat supaya tak terus ingat pasal makanan adalah sibukkan diri dengan buat kerja macam homework ke, tolong mak kemas rumah ke ataupun buat kerja amal, tolong orang. Ha! Itu pun bagus, dapat la juga korang kumpul pahala.

KELUAR BERJALAN

via GIPHY

Faham bulan puasa ni panas, kalau boleh nak duduk je dalam rumah dan golek-golek atas katil. Tapi girls, bila korang buat macam tu, tak rasa ke makin lambat masa berjalan? Kalau korang nak lebih produktif, pergi la berjalan pusing-pusing taman ke, tasik ke. Cari aktiviti yang korang minat, jangan la asyik terperap je dalam rumah. Dengan buat aktiviti, korang tak la asyik mengadap jam, kira waktu berbuka.

REHAT YANG CUKUP

Sumber Gambar: https://www.health.com/

Bila bulan puasa ni banyak benda yang terbatas untuk dilakukan sebab tak ada tenaga. Jadi kalau boleh, rehat la secukupnya, tidur awal sebab esok nak bangun sahur. Jangan pula korang bantai main mercun sampai lewat malam, lepas tu pagi liat nak bangun sahur. Korang pun boleh tidur sekejap supaya bertenaga sikit, iaitu lepas sahur sampai ke subuh.  Tapi sekejap je ya, jangan tidur mati pula, memang tak jadi apa la dik oii, kelaut sekolah nanti..

Cuba la guna tips ni mana tahu berguna, jadi taklah merungut je time berpuasa. Semoga korang  kekal bertenaga sepanjang bulan puasa ni. Selamat berpuasa #Lunagirls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Stop Makan Junk Food Boleh Buat Muka Flawless?

Filter ‘Gender Swap’ Buat Ramai Orang Jadi Gila!