in ,

Puasa Korang Akan Sia-Sia Sebab Perkara Ini…

Sumber gambar: pinterest.com/wondars

Ish! Bulan puasa ini memang tak elok betul kalau korang sia-sia kan masa korang dengan benda yang tidak berfaedah sebab tak silap semua syaitan telah diikat. Jadi kalau korang ada yang masih nakal dan buat benda tak elok itu salah siapa? Tak akan lah syaitan yang hasut pula kan? Haha! Lagi satu, bukan kah lebih baik kalau puasa ini korang isi semua masa lapang korang dengan perkara yang terbaik dan mulia sebab secara tak langsung ia juga akan beri korang satu kesan yang baik dan diri korang juga akan jadi lebih better dari sebelum ini kan? Jadi, kali ini kami nak kongsi dengan korang apa sahaja alasan yang boleh menyebabkan puasa korang itu sia-sia… 

MENGUMPAT

via GIPHY

Benda yang wajib korang stop waktu ini adalah berhenti mengumpat atau bergosip. Ya, gosip pun dikira mengumpat tau kalau korang nak tahu. Jadi, bukan ke korang akan dapat penat sahaja bila puasa tapi mengumpat orang? Kan tak best itu… lebih baik korang buat saja hal korang sendiri pada waktu ini dari kita jaga kain orang lain, setuju tak? Hehe!

TIDAK TAHAN NAFSU

via GIPHY

Antara benda yang akan mensia-sia kan puasa korang juga adalah tidak tahan nafsu. Boleh jadi, dengan asyik kerap tengok gambar makan dan minum dan keep cakap lapar. Boleh jadi juga, kalau korang asyik rasa nak ponteng puasa dan lain-lain. Apa pun yang korang buat, semuanya mesti ada limit okay! 

MARAH

via GIPHY

Kan salah satu tujuan puasa ini kan untuk menahan segala perkara yang buruk? Jadi kalau korang asyik kerap marah pun, puasa korang tak akan dapat apa pun. Berpuasa juga kan mengajar kita erti kesabaran. Jadi lebih baik kalau waktu ini, korang cuba tahan amarah korang. Eh! Kalau asyik marah-marah nanti muka cepat kedut tau! Hehe! 

TIDAK IKHLAS

via GIPHY

Selain dari itu, korang juga perlu belajar untuk ikhlas dalam banyak hal. Contohnya, kalau korang puasa ini tak ikhlas. Jadi sia-sia sahajalah puasa korang sebab apa yang korang dapat nanti cuma penat sahaja, kan rugi dah tu? Lebih baik korang cari apa itu nikmat puasa sebab sebenarnya ada banyak lagi yang best tau! 

Ha! Nanti mesti ada yang cakap, kalau macam itu saja puasa boleh sia-sia baik tak perlu puasa kan? Eh! Siapa cakap? Puasa kan dah jadi tanggungjawab kita, jadi bukannya itu alasan untuk korang tak payah puasa langsung kan? Apa yang korang boleh belajar di sini adalah kalau korang buat sesuatu dengan baik dan sabar, mesti akan ada banyak hikmah dan faedah yang baik korang akan dapat. Bukannya, kalau korang “ter”buat semua hal ini puasa korang batal pun. Haha! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6 Perangai Random Orang Berpuasa, Korang Yang Mana Satu?

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berbuka Puasa