in ,

Puasa 6 Vs Puasa Ganti!

Sumber gambar: https://www.theodysseyonline.com/being-nice-in-a-breakup

Haih orang tengah raya, aku ni puasa..

Hai #Lunagirls, korang dah ada yang start puasa 6 ke tu? Hihi.. Tak apa kalau start awal nanti boleh raya lagi.. Lagi pun besar tau pahala lepas kita puasa di bulan Ramadan sambung pula puasa 6 Syawal. Kata orang tu ibarat puasa selama setahun, best nya! Alang-alang tu boleh puasa ganti sekali.. Tapi boleh ke eh gabungkan dua puasa ni?

Sesetengah pendapat cakap lebih afdal untuk mengasingkan dua puasa ni, sebab korang akan dapat dua pahala yang berbeza. Namun, ada jugak yang bagi lampu hijau. So korang boleh la gabungkan puasa ganti Ramadan dan juga puasa sunat Syawal bersama. Pahala untuk puasa sunat tu insyaAllah akan dapat sekali.

Sumber gambar: www.kompasiana.com

Ada caranya untuk korang gabungkan puasa ni.. Dalam video di bawah, PU Azman ada bagitahu, korang kena niat sebelum sahur atau subuh.. Baru disusuli niat sunat Syawal. Sebab niat sunat ni boleh sampai sebelum waktu Zuhur. But then untuk puasa wajib atau ganti kena sebelum subuh ya girls!

Incase korang tertanya-tanya boleh ke tak untuk berselang seli puasa sunat ni? Ye lah, faham sangat, musim raya ni mesti lah banyak open house nak pergi.. Sebenarnya boleh je untuk amik gap sekejap puasa ganti, cuma mengikut mazhab Imam Syafie, lebih elok kalau korang teruskan puasa straight. Tak payah nak berhenti-henti, lagipun sekejap je kan enam hari, lepas tu korang sambung la raya balik. Puasa ganti pun cepat habis..

View this post on Instagram

Boleh gabung puasa. Contoh, dalam bulan Syawal nak buat puasa ganti, niatkan puasa ganti, insyaAllah akan dapat sekali saham puasa sunat Syawal. Perkara ni, ulama berbeza pendapat. Ada yang kata boleh. Ada yang kata tak boleh. Ada yang kata kalau nak afdhol, asingkan antara puasa puasa tu. Lagi banyak hari yang kita puasa, lagi banyak pahala. #CikMan Tukang edit @ameershah48 Tukang keluarkan video @amirulhanafy

A post shared by CIK MAN (@pu_azman) on

Bukan apa, selalunya sebulan nak dekat puasa, barula korang nak berpuasa, tu pun ada yang tak sempat nak ganti.. So bila ada kesempatan untuk korang berpuasa dan tambah pahala, better puasa kan? Nanti bila kawan-kawan korang tengah puasa ganti, korang dah tak payah.. Boleh kacau diorang dan makan depan diorang nanti! Jkjk..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Memory Phone Full? Say No More!

Wani Kayrie Suntik Elemen Pop Koplo Dalam Lagu Baharu