in ,

Protect Phone Untuk Jadi Lebih Selamat

Sumber gambar: https://www.fastcompany.com/90265744/this-incredibly-simple-privacy-app-helps-protect-your-phone-from-snoops-with-one-click

Nak jaga phone supaya boleh pakai dalam jangka masa yang lama ni sebenarnya senang je. Tapi dalam ‘mudahnya’ nak jaga tu, still ada orang yang tak ambil berat tentang hal ni. Ainaa ada a few tips yang boleh korang buat, untuk kekalkan kualiti phone dan elakkan daripada kena stalk…

BACK UP DATA

Sumber gambar: https://www.imore.com/backup

Selama ni nak protect phone setakat pakai screen lock je, tapi hakikatnya phone kita still boleh ‘diceroboh’ dan segala macam data boleh hilang dengan sekelip mata. That’s why korang kena selalu back up semua data dalam phone. For those yang pakai iOS, korang boleh backup dengan letak semua data dalam iCloud dan untuk pengguna Android pula, boleh gunakan Dropbox atau OneDrive.

LOCK FILE ATAU APPS

Sumber gambar: https://blogs.systweak.com/13-best-app-lock-for-android-in-2017/

Sekarang ni dah banyak apps yang boleh kita letak password, antaranya Telegram dan Whatsapp. Cara ni boleh lindungi privacy kita bila ada kakak atau abang yang sibuk nak godek phone korang. Letak juga password pada a few files penting supaya tak mudah diceroboh oleh virus atau malware asing.

KESELAMATAN BROWSING INTERNET

Sumber gambar: https://www.macworld.co.uk/how-to/iphone/private-browsing-iphone-ipad-3673524/

Nak check email tapi data dah habis? Kebetulan dekat tempat korang lepak tu ada free wifi. Apa yang perlu korang buat sebagai langkah keselamatan ialah browse internet guna private mode. Benda ni sangat penting, sebab ada certain hacker dapat detect data privacy kita bila selalu sangat pakai free wifi dekat tempat terbuka.

OFF DATA DAN WIFI

Sumber gambar: https://www.howtogeek.com/327073/ios-11s-control-center-doesnt-truly-disable-wi-fi-or-bluetooth-heres-what-to-do-instead/

Kalau dah tak guna Wifi, Bluetooth atau AirDrop, make sure terus OFF semua device tu. Jangan terima apa-apa pop up daripada device lain sebab takut ia ialah virus yang dihantar secara sengaja. Sometimes kita tak perasan pun ada notification daripada device lain, dan secara tak sengaja korang terus terima, end up phone terus rosak sebab dah diserang oleh virus dan hacker yang tak bertanggungjawab.

Mostly benda-benda ni kita tak ambil berat pun sebab nampak macam tak masuk akal, Tapi sebenarnya benda yang simple ni la buat phone kita rosak even baru guna beberapa tahun.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pedas Or Manis… Mana Lagi Bahaya??

Baju Raya Paling Onz 2019!