in ,

Projektor Terkecil Khas Untuk Movie Lover

Sumber gambar: https://www.gizguide.com/2019/07/epson-ef-100-announced.html

Berita baik untuk #Lunagirls yang suka sangat movie dan drama marathon! Sekarang, korang boleh beli projektor laser 3LCD EF-100 terkecil di dunia! Dan apa yang best, beratnya hanya 2.7 kilogram saja tapi korang boleh tengok movie dan drama korang macam di cinema!

Ini sebab projektor laser 3LCD EF-100 mampu paparkan visual dengan kualiti yang terbaik dengan pemancaran setinggi 150 inci iaitu lebih kurang 4 meter! Woah memang besar! Lebih lagi kalau korang pasang projektor ini dalam bilik korang. Boleh ajak your squad lepak sambil layan movie! Selain itu, projektor laser 3LCD EF-100 mempunyai fleksibiliti 360 darjah dan jadi korang tak payah susah-susah nak beli kain putih, guna saja dinding bilik dah jimat.

Sumber gambar:

Untuk pengetahuan korang, projektor laser 3LCD EF-100 ini juga lengkap brightness yang korang boleh adjust melebihi 500 lumen. Kemudian, korang tak perlu risau nak kena connect dengan device apa sahaja seperti smartphone, tablet, DVD, game consoles dan laptop. Kalau korang ada streaming yang boleh connect terus dengan projektor ini pun memang lagi function! Sekarang ini semua memang mudah!

Sumber gambar:

Projektor laser 3LCD EF-100 ini memang friendly user sebab sekarang ini semua orang kebanyakan suka tengok Netflix , Iflix, YouTube dan macam-macam lagi! Woah! Lepas ini tak perlu pun pergi pawagam lagi, free saja tengok movie dan drama dekat rumah!

Sumber gambar:

Jadi macam mana #Lunagirls? Zoe rasa macam nak beli sekarang saja sebab senang nak tengok movie seram favourite Zoe dekat rumah. Korang pun kalau suka tengok movie cubalah try guna projektor laser 3LCD EF-100 ini. Nanti jangan lupa share review dengan Zoe, atau boleh juga ajak Zoe layan movie sekali!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masa Untuk Giveaway Patung BTS!

Sah, Zynakal Hidap Gangguan Mental!