in

Projek Sains Meletup? Korang Buat Ni Je..

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

“Okay kelas, naik cuti Chinese New Year ni kita akan buat sains project” Haa! Mesti kelam kabutkan nak fikir apa eh nak buat bila cikgu cakap macam tu! Hihi! Chill #Lunagirls, sebenarnya banyak tau project sains yang menarik dengan menggunakan barang dari rumah je! Eh tapi sebelum tu, jangan lupa minta izin dekat mak dulu tau, terkejut mak tengok dapur kosong! Haha! Harini LUNARIA nak tolong sediakan idea untuk project sains untuk korang!

ORANGE MANA TERAPUNG 

Sumber Gambar: http://coolscienceexperimentshq.com

Projek buah oren ini tentang daya apungan antara buah oren berkulit dan buah yang telah di kupas! #Lunagirls rasa buah mana yang terapung? Jeng jeng jeng.. Jawapannya buah oren berkulit! ini kerana kulit oren menyimpan poket udara yang memberi kemampuan air untuk meresap ke dalam buah oren, manakala yang telah di kupas akan mudah menyerap air lagi banyak…

RAINBOW IN JAR 

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Kalau nak tengok pelangi kita kena tunggu lepas hujan kan? Apa kata kita buat dan tengok dalam kelas! Caranya #Lunagirls sediakan balang besar, pati jagung, minyak zaitun, sabun pencuci berwarna biru, pewarna merah, dan air. Lepas tu korang asingkan bahan tadi ke dalam balang lain dengan kuantiti yang sama.. Tuangkan ke dalam balang besar ikut turutan warna pelangi! Jangan risau girls.. ia takkan bercampur tau.. sebab setiap bahan mempunyai kandungan yang berbeza!

VOLCANO POP 

via GIPHY

Projek sains paling best! Cara buat volcano ni senang je.. #Lunagirls tuang sedikit serbuk penaik ke dalam balang, kemudian letakkan pewarna merah dan serbuk glitter… Lagi banyak, lagi lawa volcano korang! Bila korang dah sedia, tuangkan cuka dan lepas tuang tu lari tau.. sebab gunung berapi akan meletup dan keluarkan glitter yang cantik juga berkilau! Volcano ni meletup sebab serbuk penaik bersifat alkali dan cuka bersifat asid, bila kedua ni bergabung dan meletup gitu!

PROJEK SKITTELS 

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Experiment sains yang paling senang Ummi rasa! Sebab #Lunagirls hanya perlukan dua barang iaitu Skittles dan air suam! Caranya dengan menyusun skittles di sekeliling tepi pinggan, then tuang air suam di bahagian tengah hingga sampai ke skittles! Hasilnya korang akan nampak corak berwarna warni! ini kerana reaksi di antara pewarna skittles dan air suam! Haa senang je kan?

Boring la asyik buat projek sains sama je setiap tahun! Apa kata tahun ni #Lunagirls cuba projek yang LUNARIA kongsikan ni.. Kalau korang dah cuba nanti jangan lupa tag Instagram @lunariamy okay! Selamat mencuba girls!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Prom Night Sekolah Paling Best!

Kamera Pakai Buang? Biar Betul!