in ,

Produk Bibir Dan Fungsi Sebenar Yang Korang Mungkin Silap

Sumber gambar: pinterest.com/SimpleCorndog

Mempunyai bibir yang mungil, kemerah-merahan dan lembut adalah impian ramai setiap orang tak kisah lelaki atau pun perempuan. Ini sebab ia nampak lebih sihat dan penampilan korang akan kelihatan lebih kemas dan bermaya, setuju tak? Tetapi sebenarnya, ramai yang selalu silap dengan segala produk bibir yang dijual di luar sana sebab korang mesti ingat fungsinya lebih kurang sama dan korang pun main guna sahaja kan? Jadi kali ini, biar kami beritahu korang tentang produk bibir dan fungsinya yang betul supaya korang tak ada lah silap beli selepas ini.

LIP BALM

via GIPHY

Fungsi sebenar lip balm adalah untuk rawat dan beri kelembapan untuk bibir korang yang kering itu. Contohnya, kalau korang nak gunakan lip matte atau pun cuaca terlalu sejuk atau panas sangat pun korang boleh gunakan lip balm untuk kekalkan kelembapan bibir korang.

LIP SCRUB

via GIPHY

Macam lip scrub pula, tujuan utamanya adalah untuk membuang sel kulit mati dari bibir korang. Contohnya, kulit kering pada bibir korang ke, daki pada bibir korang ke kalau ada, hehe! Lip scrub memang akan membantu bibir korang nampak lebih bermaya. Akan tetapi korang jangan berlebihan dalam menggunakan lip scrub sebab kalau terlalu kerap guna risau bibir akan mengelupas pula sebab tekstur lip scrub kan agak kasar.

LIP BUTTER

via GIPHY

Untuk lip butter pula ia akan melembapkan bibir kita lebih kepada 12 jam. Fungsi yang hampir sama dengan lip balm, lip butter lebih tahan lama lah sebab lip balm korang kena apply selalu bila sudah kering.

LIP MASK

via GIPHY

Selain itu, untuk buatkan bibir korang lebih lembut dan kenyal, korang boleh gunakan lip mask. Biasanya, lip mask akan digunakan selepas korang gunakan lip scrub. Jadi, cukup korang gunakan lip mask tiga ke empat kali dalam masa seminggu pun dah okay. Tak perlu gunakan selalu pun okay!Β 

LIPSTICK / LIP TINT

via GIPHY

Akhir sekali adalah lipstick atau lip tint yang mana mesti ramai tahu fungsinya. Selain beri bibir korang nampak berwarna, lipstick atau lip tint juga ada vitamin E yang baik untuk rawat bibir korang. Jadi, ia tergantung dengan korang suka warna lipstick atau lip tint yang macam mana.

Jadi, selepas ini korang tak ada lah tersilap beli dan main guna sahaja produk bibir itu sebab setiap satunya memang berlainan fungsinya untuk bibir korang dan tak semua produk itu sesuai dengan korang untuk digunakan setiap hari. Jadi selepas ini, korang perlu lah jadi pengguna yang bijak dan beritahu sekali kawan-kawan yang tak tahu itu untuk tambahkan pengetahuan mereka. Kalau nak cari produk kecantikan yang ada diskaun kaw-kaw, korang boleh klik sini! SuperDeals sentiasa ada tawaran menarik setiap minggu!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Challenge Yang Pernah Viral Di Malaysia

Februari Bulan Penyanyi BBNU Release Lagu Baru