in ,

Print Gambar Instax-Polaroid Sendiri? Jimat!

via GIPHY

Hallo #Lunagirls!Korang kaki selfie? #OOTD? Selalunya kita simpan semua dalam gallery phone je.. apa kata kali ini kita cuci gambar ala instax-polaroid dan tampal untuk hias bilik? Sebenarnya ramai je yang ada buat perkhidmatan cuci gambar dan harga pun berbeza-beza! Jom Ainaa ajar korang cara untuk cuci gambar ala-ala instax-polaroid dengan harga yang lebih murah..

Korang hanya perlu download aplikasi NOMO, laptop or computer, glossy paper and also a printer! Kalau tak ada printer pun tak apa.. sebab korang boleh print dekat mana-mana kedai gambar! Tapi kalau nak lagi murah bawa sekali glossy paper ke kedai untuk supaya dapat jimatkan kos.. Hehe!

Sumber gambar: A Day Magazine

First, ambil gambar macam biasa dekat phone or terus snap picture guna aplikasi Nomo. Bila korang ambil gambar guna apps Nomo tu, ia memang akan terus hasilkan gambar ala kamera polaroid. Dekat situ korang dah jimat masa untuk edit.. Tapi kalau #Lunagirls nak edit dulu gambar tu boleh je, asalkan bila dah selesai edit terus upload guna apps Nomo untuk dapatkan effect ala-ala instax-polaroid okay?

Cuba dulu guna beberapa keping gambar untuk permulaan ni. Bila dah settle edit gambar semua, korang transfer gambar tu dekat dalam laptop atau komputer. Cara Ainaa ni paling simple dan menjimatkan kos tanpa perlu keluarkan banyak duit. Hehe!

Sumber gambar: Widewalls

Once dah transfer, korang terus buka Microsoft Word dan paste empat gambar dekat situ! Make sure semua ukuran sama besar.. Bila dah siap susun gambar tu, print terus kemudian masukkan glossy paper dekat dalam printer! Dan paling penting #Lunagirls jangan lupa tukar setting printer dekat  bahagian paper type kepada glossy paper ya!

#Lunagirls tunggu sampai gambar tu keluar dengan hasil yang cantik! Senang je girls cara yang Ainaa ajar ni.. Mungkin mula-mula korang akan rasa macam complicated sikit tapi jangan risau, nanti bila dah biasa mesti tak ada masalah! Nanti kalau korang dah cuba cara Ainaa ni, jangan lupa share experience korang okay? Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Landing Je Terus Kill! #TIPSPUBG

Jangan Bawa Barang Ni Pergi Konsert Kalau Tak Nak Kena …..