in ,

Powernya Boleh Tiru Suara Artis!🎀

Sumber gambar: Instagram @zwan_anbar & @amsyar_leee

Siapa dekat sini pandai tiru suara artis? Maybe korang boleh tiru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza? Andi Bernadee? Wany Hasrita? Best tau bila ada kelebihan macam tu, kadang-kadang boleh kenakan orang lain.

Girls, korang perasan tak sekarang ni ramai orang mula tunjukkan bakat. Kalau dulu ramai malu nak tunjukkan bakat sebab takut kena kecam dan condemn.Β Lagi best dan unik bila bakat yang orang tu ada ialah tiru suara artis bila menyanyi. Bakat ni paling power sebab tak semua orang boleh buat macam tu tau…

FLOOR 88


Tak perlu dah nak perkenalkan kumpulan ni. Lagu berjudul Zalikha dan Aqilah memang jadi favorite ramai gadis dekat luar sana lagi-lagi kalau nama mereka sama dengan tajuk lagu tu. Hihi! Apa yang menariknya, rupa-rupanya vokalist kumpulan Floor 88 ni iaitu Ayie berbakat dalam tiru suara penyanyi lain. Kalau korang tengok video dekat atas, dia boleh tiru suara Datuk Jamal Abdillah dan Ramli Sarip. Amboi bukan main lain macam feeling tarik lagu tu ya.

AZWAN ANUAR

Ni kalau sekali dengar tanpa tengok video, confirm korang akan rasa macam tengah tengok kartun Doraemon! Azwan pernah viral before this sebab dia boleh buat suara kartun dan juga suara juatwan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Masalahnya semua suara dalam watak Doraemon tu pun dia boleh buat dengan mudah. Bukan tu je, waktu zaman sekolah dulu, dia juga mampu untuk tiru suara Imran Ajmain, Datuk Jamal Abdillah dah ramai lagi. Ni memang bukan beshe beshe ni, hehe!

AMSYAR LEE

Dalam banyak-banyak orang yang boleh tiru suara artis, Amsyar ni la paling power sebab dia boleh tiru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza! Video Amsyar menyanyi jadi viral dekat Twitter lepas ada seorang netizen share video tersebut yang diambil dekat tepi jalan je. Power betul ya boleh tiru suara Tokti. Halus je suaranya tau. Amsyar salah seorang penuntut sebuah universiti tempatan dan dia juga seorang penari. Bukan senang nak jumpa lelaki yang pandai menari dan pandai menyanyi tau. Semalam pun waktu on air HOT FM ada call Amsyar ni dan memang confirm tu suara dia ya girls!

RUDEY

Ingatkan seorang je yang boleh tiru suara Tokti. Rupanya ada lagi seorang jejaka yang mampu buat macam tu juga. Rudey ni ialah penuntuT MRSM Pasir Salak dan bakat dia mula diketahui waktu salah seorang kawan dia record dia menyanyi dekat bilik air sampai dapat gelaran Siti Shower. Lepas video tu viral, Rudey mula dapat jemputan nyanyian dan sebenarnya dia bukan buat-buat pun suara tu. Sebab suara dia memang sebiji macam Tokti sebab waktu bercakap pun suara dia tetap sama. Bestnya suara sama dengan Tokti ni!

Girls, korang ada tahu sesiapa lagi yang boleh tiru suara artis tak? Atau korang sendiri pun boleh tiru suara mana-mana artis. Share la sikit video korang nyanyi tu, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kaki Jealous Sampai Boyfriend Pun Malas Nak Layan!

YUCK! Kuku Kalah Hantu Kak Limah! πŸ’…πŸ‘»