in ,

Positif Semasa MCO Pun Salah Satu Cara Pencegahan Penyakit?

Sumber gambar: www.allure.com

Sekarang ini, dengan wabak Covid 19 yang kita sendiri pun tak pasti bila ia akan berakhir memang membuatkan semua orang rasa freaked out dan paranoid sebab bila penyakit yang masih tidak tahu apa ubatnya itu buatkan kita rasa gabrah dan panik. Memang tak salah pun kalau kita nak panik dan lain-lain sebab korang bukan setakat lebih ambil tahu tentang kebersihan, malah tentang penjagaan diri dan kepentingan untuk belajar tentang kesihatan diri itu pun lebih meningkat? Setuju tak?

Sumber gambar: pinterest

Pernah juga tak korang terfikir bagaimana kalau korang disahkan positif sesuatu penyakit? Tak kisahlah sakit apa pun kan tapi mesti kalau dapat tahu kita ada penyakit itu, automatik kita akan sedih, rasa hidup di dunia ini macam sudah tiada guna dan banyak lagi benda negatif yang sepatutnya korang tak perlu fikir itu terngiang di fikiran korang? Betul kan? Tapi ada sesuatu perkara yang korang perlu tahu tak kisah lah sama ada korang ada penyakit apa pun.

Sumber gambar: pinterest

Untuk pengetahuan korang, ada salah satu kajian yang nyatakan kalau korang sentiasa bersikap positif dan berfikiran positif ia akan bantu korang untuk cegah dari ada penyakit dan bukan setakat itu sahaja. Kalau korang yang ada sakit itu pun, kemungkinan besar mampu membuatkan badan korang lebih sihat dan mungkin satu hari dengan izinNya korang akan totally sihat dan sembuh! Memang menarik kan!

Sumber gambar: pinterest

Apa yang menguatkan lagi kajian yang mereka buat tentang kalau kita sentiasa berfikiran positif ini adalah sebab bila kita terlalu tertekan dan memikirkan tentang penyakit kita itu ia akan merosakkan hormon yang mengalir ke dalam salur darah. Hmm, yang mana memang akan buatkan korang lagi bertambah sakit tau. Jadi, why not mulai hari ini kita semua mulakan hidup dan berfikir banyak benda positif sebab bila kita mula saja hidup begitu sudah pasti kita akan lebih menjaga diri kita dengan lebih baik dan sihat kan?

Sumber gambar: pikdo

Selepas ini, korang jangan pernah sesekali putus asa okay! Korang just perlu fikir kalau ramai di antara mereka di luar sana yang boleh sembuh, kita tidak? Jangan terlalu panik lebih lagi musim wabak Covid 19 ini okay! Korang just stay at home dan fikir disebalik semua ini ada hikmah yang terbaik ya!Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments